mattzzx Publish time 27-11-2022 04:31 PM

Pencuri duit tabung masjid sudah ditahan

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/11/27/2002129.jpg
Tangkap layar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki sedang mencuri wang dari tabung masjid Pekan Sanglang, Ayer Baloi, Pontian pada Ahad lalu.



PONTIAN - Seorang remaja berusia 16 tahun ditahan kerana kes curi wang dari tabung masjid Pekan Sanglang, Ayer Baloi di sini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 2 minit 19 saat yang dimuat naik dalam sebuah akaun Twitter pada jam 9.46 Ahad.

"Video berkenaan memaparkan seorang lelaki mencuri duit tabung masjid. Hasil siasatan pihak polis kejadian tersebut berlaku pada 20 November lalu pada jam 10.58 pagi di masjid berkenaan.

"Susulan itu pada 23 November pihak pengurusan masjid membuat laporan di Balai Polis Air Baloi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat pada jam 3 petang, 23 November lalu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menahan remaja berkenaan.

Katanya, kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga denda.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki membuka tabung masjid dan mengira semua warga berkenaan di situ juga.
https://www.sinarharian.com.my/article/233618/berita/semasa/pencuri-duit-tabung-masjid-sudah-ditahan
Pages: [1]
View full version: Pencuri duit tabung masjid sudah ditahan


ADVERTISEMENT