mattzzx Publish time 27-11-2022 03:46 PM

6 PATI kendalikan bot nelayan tempatan ditahan

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/WhatsApp-Image-2022-11-27-at-2.09.17-PM.jpeg
SERAMAI enam PATI warga Myanmar yang mengendalikan bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di sekitar kawasan perairan Pulau Kendi semalam.



GEORGE TOWN: Seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang mengendalikan bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang di sekitar kawasan perairan Pulau Kendi, di sini semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, kapal ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan kelac C sedang begerak di kedudukan 114 kilometer barat daya Pulau Kendi ketika dalam perjalanan melaksanakan rondaan Op Tanjung kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu dikendalikan enam kru warga Myanmar termasuk tekong berumur 21 hingga 32 tahun.

”Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bot serta kesemua kru warga asing itu ditahan termasuk hasil laut kira-kira 500 kilogram (kg) dibawa di Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia menegaskan kepada semua terutama komuniti nelayan termasuk pemilik bot supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan sedia ada.

“Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999,” katanya. – UTUSAN

 
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/6-pati-kendalikan-bot-nelayan-tempatan-ditahan/
Pages: [1]
View full version: 6 PATI kendalikan bot nelayan tempatan ditahan


ADVERTISEMENT