mattzzx Publish time 27-11-2022 03:43 PM

Pokok kiambang kecil disangka rumput

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/rumput.jpeg
Tangkap layar laman rumah @kaksuzieee yang dipenuhi pokok kiambang kecil curi perhatian warga TikTok.



PETALING JAYA – Hampir seminggu kawasan rumah dilanda banjir termenung, laman rumah menghijau dengan pokok kiambang kecil curi tumpuan warga TikTok.

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok @kaksuzieee telah mendapat tontonan sebanyak 185,000 setakat ini.

“Dah seminggu rumah kami menjadi pulau jadian, dah seperti padang golf tapi bukan.

“Redha dengan segala ketentuan Allah. Kenyataannya banjir termenung,” katanya melalui kapsyen video yang dikongsikan.

Rata-rata warga TikTok tertarik dengan pokok kiambang kecil yang menghiasi permukaan air di laman rumahnya dan menyangka itu adalah rumput karpet kerana terletak elok dan cantik dipandang.

“Cantik pula kejadian dia, ingatkan rumput karpet,” komen @shaa.

“Saya baru nak puji rajinnya tuan rumah jaga kawasan rumah, rumput rapi,” ujar @IkaMocha.

“Ingatkan rumput. Redha ujian Allah dan jaga keselamatan,” pesan @onemi.

Pada masa sama, ramai juga menasihati tuan rumah agar berhati-hati dan mereka turut mendoakan urusannya dipermudah. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2022/11/27/pokok-kiambang-kecil-disangka-rumput/

miarshya Publish time 29-11-2022 10:45 AM

Luas kawasan depan rumah dia.. kalau bukan musim hujan, boleh main bola kat situ kan..

HabukBesi Publish time 29-11-2022 11:05 AM

mungkin ada longkang, parit yang tersembut atau tak diselenggara dengan betul menyebabkan banjir mcm ni
Pages: [1]
View full version: Pokok kiambang kecil disangka rumput


ADVERTISEMENT