mattzzx Publish time 27-11-2022 03:29 PM

Permaisuri Johor kagum kesungguhan ibu kehilangan anak akibat kanser genggam PhD

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2022-11-27_14-17-07_1669533320.jpg
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah bermesra bersama graduan PhD, Dr Norizan Sulong di Majlis Konvokesyen Ke-66 UTM, Dr Norizan Sulong pada Khamis lalu. FOTO fb The Royal Johor.

Johor Bahru: Semangat seorang ibu yang bangkit semula melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD) selepas kehilangan anak akibat kanser menerima pujian daripada Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Raja Zarith Sofiah bertitah, baginda dan puteranya, Almarhum Tunku Jalil Sultan Ibrahim pernah melawat Dr Norizan Sulong dan Allahyarham anaknya dikenali sebagai Zakwan pada 2012.

Menurut baginda, kejayaan Dr Norizan menggenggam PhD adalah sesuatu pencapaian yang mengagumkan.


"Sempena sesi konvokesyen, saya memakai cincin milik Almarhum Tunku Jalil sebagai penghormatan kepadanya dan Allahyarham Zakwan," titahnya.

Sementara itu, Dr Norizan berkata, Allahyarham anaknya meninggal dunia pada 10 tahun lalu.

"Saya menamatkan PhD ini kerana Zakwan, saya berpeluang berkenalan dengan Tuanku Permaisuri sebelum ini kerana Zakwan, justeru saya teringin sangat bergambar kenangan dengan Tuanku hari ini.

"Alhamdulillah baginda memperkenankan permohonan saya dan saya turut menghadiahkan salinan tesis saya.

"Sepanjang perjalanan ini, saya menghadapi pelbagai kesulitan namun saya bersyukur, perasaan ini sukar diungkapkan, ini adalah kehendak Allah yang memberi saya kekuatan untuk menempuhinya," katanya menerusi perkongsian di The Royal Johor di Facebook.

Kedua-dua ibu berkenaan bertemu kembali di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-66 pada Khamis lalu.

Dr Norizan yang Norizan menerima PhD dalam bidang dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi, kehilangan anaknya Zakwan pada 2012 akibat leukemia, manakala Raja Zarith Sofiah kehilangan Almarhum Tunku Abdul Jalil akibat kanser hati tiga tahun kemudian.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/908817/permaisuri-johor-kagum-kesungguhan-ibu-kehilangan-anak-akibat-kanser-genggam
Pages: [1]
View full version: Permaisuri Johor kagum kesungguhan ibu kehilangan anak akibat kanser genggam PhD


ADVERTISEMENT