mattzzx Publish time 27-11-2022 02:24 PM

Irene Cara ditemui mati dalam kediaman

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2022-11-26_at_23.13.07_1669476314.jpg
Cara ditemui mati di kediamannya di Largo, Florida, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu. - Foto AGENSI


Pemenang Anugerah Akademi 1984, Irene Cara, 63, ditemui mati di kediamannya di Largo, Florida, Amerika Syarikat, semalam namun peminat sukar mempercayainya berikutan berita penipuan kematian menyasarkan bintang ikonik itu, baru-baru ini.

Menerusi laporan portal dailymail.co.uk, ramai peminat percaya berita kematian itu satu lagi pembohongan tersebar dalam media sosial.

Bagaimanapun, pemergian penyanyi ikonik yang popular menerusi lagu Flashdance... What A Feeling itu disahkan oleh pengurus publisitinya, Judith Moose menerusi hantaran dalam media sosial lewat tengah malam, semalam.

Moose mengesahkan kematian Cara adalah berita benar dan terkejut dengan pemergiannya.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2022-11-26_at_23.13.24_1669476309.jpg
Lagu Flashdance... What A Feeling melonjakkan nama Cara sehingga menggenggam Anugerah Akademi menerusi kategori Lagu Original Terbaik pada 1984. - Foto AGENSI

"Dengan rasa sedih mendalam, saya mengumumkan pemergian Irene Cara bagi pihak keluarganya.

"Pelakon, penyanyi, penulis lagu dan penerbit yang pernah memenangi Anugerah Academy itu meninggal dunia di rumahnya di Florida.

"Punca kematian belum diketahui dan akan diumumkan selepas maklumat dikeluarkan," kata Moose menerusi kenyataannya.

Moose berkata, keluarga Cara mohon diberikan privasi ketika berdepan kesedihan ini.

"Cara memiliki jiwa dan sangat berbakat. Warisan ditinggalkan akan kekal selama-lamanya menerusi muzik dan filemnya," tulis Moose.

Wanita kelahiran New York itu dilatih dalam muzik, tarian dan lakonan sejak zaman kanak-kanak. Muncul di pentas dan televisyen, termasuk penampilan dalam The Tonight Show - Johnny Carson ketika masih muda pada 1970-an.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2022-11-26_at_23.13.15_1669476312.jpg
Ramai peminat percaya berita pemergian Cara satu lagi pembohongan selepas berita palsu mengenai kematiannya tersebar dalam media sosial, baru-baru ini. - Foto AGENSI

Namun, Cara mula terkenal apabila melakonkan filem Fame pada 1980. Watak Coco Hernandez yang ditulis khas buatnya, selain menyanyikan lagu runut bunyi.

Cara memenangi Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik, Anugerah Grammy menerusi lagu runut bunyi filem itu.

Kemudiannya, lagu Flashdance... What A Feeling dihasilkan bersama Giorgio Moroder dan Keith Forsey untuk filem Flashdance pada 1983. Filem itu dibintangi Jennifer Beals dan lagu What A Feeling begitu sinonim dengan namanya.

Lagu Flashdance... What A Feeling melonjakkan nama Cara sehingga menggenggam Anugerah Akademi menerusi kategori Lagu Original Terbaik pada 1984.

Ia kekal sebagai salah satu hits ikonik dari 1980-an.

Cara pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon aksi ngeri yang juga pengarah filem, Conrad Palmisano di Los Angeles pada April 1986. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 1991. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/11/1032000/irene-cara-ditemui-mati-dalam-kediaman

Page88 Publish time 29-11-2022 01:20 AM

Rest In Peace.
Pages: [1]
View full version: Irene Cara ditemui mati dalam kediaman


ADVERTISEMENT