mattzzx Publish time 27-11-2022 01:48 PM

Mangsa didakwa dibelasah warga Myanmar meninggal dunia


Melaka: Selepas 28 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM), lelaki tempatan yang koma dipercayai akibat dipukul enam pekerja kilang warga Myanmar akhirnya meninggal dunia, semalam.

Mangsa, E Murali Kuppusami, 50, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.57 petang di hadapan enam anaknya berusia 11 hingga 24 tahun.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa yang dirawat di HM sejak 31 Oktober lalu termasuk kes akan dipinda untuk siasatan mengikut kesalahan membunuh.


"Mangsa yang sebelum ini parah dan koma disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di ICU HM.

"Kita akan merujuk kes ini kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan meminda pertuduhan daripada Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah kepada Seksyen 302 kerana membunuh," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media pada Jumaat lalu melaporkan enam pekerja kilang warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua pertuduhan membelasah mangsa dan anak lelakinya dengan kayu hingga menyebabkan Murali Kuppusami koma.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Kyaw Swar Tun, 21, Win Zaw, 30, Zin Min Htet, 23, Nyi Lin Paing, 23, Aung Myint Thein dan Mya Soe, 33, kerana mereka gagal memahami bahasa Melayu.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan parah ke atas M K Daniel, 19, dan bapanya, Murali Kuppusami dengan menggunakan objek kayu iaitu alat yang mungkin menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan pada jam 10.40 malam di bawah Blok L, Pangsapuri Taman Tasek Utama, Melaka Tengah pada 31 Oktober lalu.

Difahamkan mangsa dikatakan dibelasah selepas menegur tertuduh agar tidak membuat bising di pangsapuri berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember ini bagi mendapatkan jurubahasa Myanmar dan tiada jaminan ditawarkan terhadap semua tertuduh.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/908780/mangsa-didakwa-dibelasah-warga-myanmar-meninggal-dunia

miarshya Publish time 29-11-2022 10:47 AM

Kesian keluarga mendiang, anak-anak masih kecik lagi...

HabukBesi Publish time 29-11-2022 11:04 AM

kerajaan patut perlu syaratkan rumah pekerja asing tidak boleh setempat dengan penduduk tempatan. {:scoldo
Pages: [1]
View full version: Mangsa didakwa dibelasah warga Myanmar meninggal dunia


ADVERTISEMENT