mattzzx Publish time 27-11-2022 01:17 PM

Szczesny dijulang sebagai wira Poland

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-FBL-WC-2022-MATCH22-POL-KSA_1669523739.jpg
SZCZESNY watak penting kemenangan Poland. FOTO AFP

Doha: Penjaga gol, Wojciech Szczesny adalah wira Poland selepas dia berjaya menyelamatkan dua percubaan bagi menghidupkan peluang negaranya ketika menentang Arab Saudi dalam saingan Piala Dunia.

Robert Lewandowski akhirnya menjaringkan gol pertama Piala Dunia dalam karier cemerlangnya tetapi penjaga gol berusia 32 tahun itu yang mengekalkan Poland terus menguasai perlawanan Kumpulan C dan membuka jalan untuk kemenangan penting 2-0.

Aksi tangkas Szczesny menyelamatkan percubaan

Mohammed Al-Burayk selepas penjaga gol Juventus itu menggagalkan sepakan penalti, Salem Al-Dawsari boleh dikategorikan sebagai penyelamatan terbaik kejohanan setakat ini.


Ia adalah detik penting apabila Poland baru mendahului menerusi Piotr Zielinski pada minit ke-39 sebelum Krystian Bielik mengasari Saleh Al-Shehri dan penyerang Arab Saudi itu merebahkan badan untuk meminta sepakan penalti.

Untuk menghormati permintaan pemain Poland yang tidak berpuas hati, pengadil dari Brazil, Wilton Sampaio merujuk kepada Video Bantuan Pengadil (VAR) dan menunjukkan ke arah kotak penalti.

Ketika peminat Arab Saudi di Stadium Education bergembira, Szczesny merebahkan badannya ke kanan untuk menyelamatkan sepakan penalti Dawsari dan kemudian menafikan sepakan susulan Burayk dengan menolak rembatan kencang itu sekali gus menggembirakan rakan sepasukannya.

"Saya sangat gembira. Ia satu perasaan yang baik menyelamatkan penalti di Piala Dunia dan mengekalkan rekod bersih,

"Ia bagus untuk penjaga gol, kerana kami tidak boleh menjadi wira dengan menjaringkan gol. Sekurang-kurangnya kadangkala kami boleh membantu pasukan dengan melakukan penyelamatan besar," Szczesny.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2022/11/908761/szczesny-dijulang-sebagai-wira-poland
Pages: [1]
View full version: Szczesny dijulang sebagai wira Poland


ADVERTISEMENT