mattzzx Publish time 27-11-2022 01:15 PM

Jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor menurun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1127rsbanjir_1669519922.jpg
FOTO ARKIB NSTP

Kuala Selangor: Jumlah mangsa banjir di daerah ini berkurangan kepada 228 orang pada jam 7 pagi tadi berbanding 280 orang semalam.

Kesemua mangsa membabitkan 73 keluarga itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru kekal menempatkan seramai 92 individu daripada 30 keluarga.


"PPS SK Sungai Sireh mencatatkan penurunan apabila 62 mangsa daripada 18 keluarga masih berada di lokasi itu berbanding 111 mangsa daripada 37 keluarga sebelumnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, di PPS Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Bestari Jaya pula, seramai 74 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di situ berbanding 77 individu daripada 26 keluarga semalam.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/908737/jumlah-mangsa-banjir-di-kuala-selangor-menurun
Pages: [1]
View full version: Jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor menurun


ADVERTISEMENT