CARI-MRO Publish time 27-11-2022 12:12 PM

Suami Layan Elok, Makan Siap Bersuap- Ramai Gembira Tengok Intan Salleh Bahagia

Ramai peminat tumpang gembira melihat kebahagiaan rumah tangga personaliti media sosial Intan Salleh dengan suaminya Mohd Aizam Yahya.


Perkongsian terbaharu Intan, 36, disuap oleh suaminya menarik perhatian ramai netizen dan rata-ratanya seronok melihat momen 'sweet' yang ditunjukkan pasangan ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/27/121202h494hnbydqds435s.pngFoto: IG




"Indahnya kalau ada yang memahami.. Kita lapar dia suap. Hiks!" katanya.


Intan berkongsi momen bahagia itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.




7168742353031728411


Menjawab komen salah seorang pengikut, Intan berkata masalah rumah tangga yang pernah dilalui sebelum ini merupakan satu ujian yang cukup indah buat dirinya.


"Alhamdulillah, tuhan uji sebab tuhan tahu kita mampu. Sakit susah payah dapat diharungi, kita sahaja yang tahu," ujarnya.


Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan suaminya melayan baik Intan dan senang melihat kebahagiaan pasangan ini.




https://www.instagram.com/p/CkXSS5oSXTv/?hl=en


"Wah, Intan dah dapat orang yang betul-betul layan untuk jaga dia dengan baik.


"Bila dijaga dengan baik, hati senang dan tenang terus nampak muka berseri-seri.


"Kita akan bahagia bersama orang yang tepat," tulis netizen.




https://www.instagram.com/p/Ck-8VECSnO2/?hl=en




https://www.instagram.com/p/CkntaItyeBi/?hl=en


Untuk rekod, Intan berkahwin dengan Aizam pada 20 Disember 2021 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Ayyaz Muqri yang berusia tujuh bulan.


Intan merupakan bekas isteri kepada pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri. -CARI


Sumber: mStar Online

ReginaGeorge Publish time 27-11-2022 12:27 PM

Intan ni manis orangnya. Dah jadi personaliti media sosial tu dek, kena tapis la ye post. Ramai pencaras sedang memerhati :lol: Pencaras yg sorang tu pon pasti ada fake account untuk menonton siri kehidupan uols ;P

makita Publish time 27-11-2022 12:30 PM

Meols tumpang gembira tgok org yg dulu sedih dikecewakan tapi skrg bahagia. Alhamdulillah.

adelea Publish time 27-11-2022 12:33 PM

Ermmmm ….
Dia ni kdg2 macam paksa je laki dia buat content

Terlalu nak tunjuk dia bahagia nak mampposss
Busuk ehh hati..

Cer chilll sikit …

SonicSiLandak Publish time 27-11-2022 01:52 PM

yang korang sibuk nape???

ish ish ish

virgo19 Publish time 27-11-2022 02:09 PM

Perkahwinan baru ni nampak laki intan sayang intan lebih. Yg lama nampak intan yg sayang laki dia lebih.

minahmanja Publish time 27-11-2022 02:15 PM

adelea replied at 27-11-2022 12:33 PM
Ermmmm ….
Dia ni kdg2 macam paksa je laki dia buat content



aku tgk ok je... ramai gak insta-famous lain buat mcm ni. kau la kot yg busuk ati.. :lol:

hotmak Publish time 27-11-2022 02:32 PM

berani ye consume ubat2 kurus, ke buat review je dia ni

Purplehaz Publish time 27-11-2022 04:17 PM

Ramai yg mendoakan dia bahagia...
alhamdullilah.

tuttt Publish time 27-11-2022 05:55 PM

ReginaGeorge: Intan ni manis orangnya. Dah j ...
Mesti la ada fake acc chuolls. Sebab tetibe macam bitter up selfie ngn laki caption sesekali boleh la kalau selalu org muntah. Pastu tgk komen2 kt post tu kemain jering ni. Busuk betul hati dia takleh tgk ex madu lebih eh

jihyomelly Publish time 27-11-2022 06:26 PM

moga bahagia..suka tgk..tapi .jaga2 kuntilanak suka lelaki yg camni jgn bg peluang

tupaiterbang Publish time 27-11-2022 06:36 PM


Kawin dec 2021...baby dah 7 bulan
Reporter typo error kah? :o

asfaz Publish time 27-11-2022 06:38 PM

tuttt replied at 27-11-2022 05:55 PM
Mesti la ada fake acc chuolls. Sebab tetibe macam bitter up selfie ngn laki caption sesekali boleh...

Dia lupa dulu sebelum ex madu kawin,galak dia bergambar dgn hasil rampasan.

Cakap lagak eh dia ni..

annehuda Publish time 27-11-2022 06:48 PM

asfaz replied at 27-11-2022 06:38 PM
Dia lupa dulu sebelum ex madu kawin,galak dia bergambar dgn hasil rampasan.

Cakap lagak eh dia ni ...

Bab qada dan qadar ni jgn amek mudah je. Aku penah baca qada dan qadar ni benda yang di luar jangkaan kita,kita tak buat apa-apa pun tetiba jadi. Contohnya mcm kita tak merokok tak minum arak tak hisap dadah,tapi dapat jugak sakit kanser. Ni baru qada dan qadar. Tapi kalau memang asalnya ko sendiri berusaha ke arah itu,contohnya terjatuh hati ngan laki orang,instead of berusaha nak lupakan laki org tu tapi ko lagi layan perasaan tu sampai hancur rumah tangga orang tu,tu bukan ketentuan Ilahi. Hati-hati jgn semua letak as qada dan qadar nanti boleh jadi menyalahkan Allah swt atas musibah yg terjadi

Hypothetically Publish time 27-11-2022 06:54 PM

Edited by Hypothetically at 27-11-2022 07:42 PM

asfaz replied at 27-11-2022 06:38 PM
Dia lupa dulu sebelum ex madu kawin,galak dia bergambar dgn hasil rampasan.

Cakap lagak eh dia ni ...
Yg penting Intan tak ambik laki org, dia selfie utk content or not, dia tak ganggu hidup org lain dan tak musnahkan rumahtangga org lain.Sukahati dia lah apa yg dia nak buat dgn suami sendiri.

asfaz Publish time 27-11-2022 07:14 PM

annehuda replied at 27-11-2022 06:48 PM
Bab qada dan qadar ni jgn amek mudah je. Aku penah baca qada dan qadar ni benda yang di luar jangk ...

Betul..tgk ayat dia ada menyindir jugak sinun .dlu kan sinun tak kerja. Bergantung dgn suami.
Jering nanti mesti menafikan sindir sana. Ayat reply semua menyindir.
Harap kude cari bini baru..:lol:nak tgk dia boleh tak kata qada dan qadar;P

tuttt Publish time 27-11-2022 07:44 PM

asfaz replied at 27-11-2022 06:38 PM
Dia lupa dulu sebelum ex madu kawin,galak dia bergambar dgn hasil rampasan.

Cakap lagak eh dia ni ...

Cakap mendongak betul eh dia ni. Sok2 allah tarik rezeki hang tu baru tau jering. Cara hang jawab ni mmg nampak hati hang yg busuk hati kt ex madu.

tuttt Publish time 27-11-2022 07:45 PM

asfaz replied at 27-11-2022 07:14 PM
Betul..tgk ayat dia ada menyindir jugak sinun .dlu kan sinun tak kerja. Bergantung dgn suami.
Jeri ...

Boleh tak ira degawan tu pegi ngorat kude je dari ngorat sol

Piramida Publish time 27-11-2022 07:50 PM

tupaiterbang replied at 27-11-2022 06:36 PM
Kawin dec 2021...baby dah 7 bulan
Reporter typo error kah?

Typo kot.. Ai pun terkasima like eh biar betul baby dha 7 bulan. Hahahaa

meteorspeed Publish time 27-11-2022 08:05 PM

tuttt replied at 27-11-2022 07:45 PM
Boleh tak ira degawan tu pegi ngorat kude je dari ngorat sol

Kuda bnyk duit ker kihkih.. Alang alang nak caras baik berduit.. Tp iols harap ada org lain caras kuda
Pages: [1] 2 3
View full version: Suami Layan Elok, Makan Siap Bersuap- Ramai Gembira Tengok Intan Salleh Bahagia


ADVERTISEMENT