CARI-MRO Publish time 27-11-2022 12:06 PM

Shahrulezad Kata Buah Pinggang Merosot Akibat Ubat Kurus Tak Benar, Vital Organ Nad Zainal Tidak Terjejas

Pengarah drama shahrulezad menyangkal khabar angin mendakwa buah pinggang pelakon Nad Zainal yang dilaporkan merosot adalah disebabkan pengambilan ubat kurus.


Kata Shahrulezad, perkara itu tiada kena mengena dengan keadaan pelakon itu malah vital organ terutamanya buah pinggang Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dalam keadaan baik.


"Apa yang membuatkan abam lega ialah vital organ Nad juga dalam keadaan baik terutama buah pinggang beliau.


"Khabar angin mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus adalah tidak benar sama sekali.


"Masalah Nad sekarang adalah paru-paru dia yang masih dalam proses penyembuhan," katanya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/27/120608fvnyzzrc8zcyuzr8.pngFoto: IG




Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu selepas menerima perkembangan terkini daripada pelakon Ungku Ismail.


Berkongsi keadaan terkini pelakon drama Cina Buta itu, Shahrulezad memaklumkan keadaan Nad smakin baik meskipun paru-parunya masih belum pulih sepenuhnya.


Disebabkan itu, Nad akan terus menggunakan intubate sementara paru-parunya menjadi lebih kuat dan stabil.


"Alhamdulillah keadaan Nad hari ini lebih baik dari semalam tapi doktor masih mahu Nad di intubate selagi paru-paru masih belum betul-betul kuat.


"Kadar kebergantungan Nad pada mesin oksigen juga sudah semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor extubate. Abam rasa tidak lama lagi. Insya Allah," katanya.




https://www.instagram.com/p/ClbFVgyvfu6/?hl=en


Dalam pada itu, Shahrulezad memohon agar peminat terus mendoakan kesihatan sahabarnya itu.


"Apa yang Nad perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman untuk dia terus berjuang kembali sihat. Selain itu Nad juga perlukan doa dari korang semua.


"Abam percaya Nad akan kembali sihat semula seperti sedia kala. Apa yang dimohon adalah doa berterusan," kongsinya.


Terdahulu, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dipercayai mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru. -CARI


Sumer: mStar Online

DeLuna85 Publish time 27-11-2022 12:18 PM

Kami tetap percaya ubat kurus salah satu puncanya

ReginaGeorge Publish time 27-11-2022 12:33 PM

I don’t think dia amik ubat kurus la. Ambassador je kot.. atau amik paid review.

Sheila1987 Publish time 27-11-2022 12:46 PM

Pernah kenal member sorang ni, yg sakit buah pinggang 12 tahun sebelum meninggal dunia time covid tahun lepas. Sebelum ni dok ingat mcm org lain jugak, sakit buah pinggang sebab ubat kurus/puteh. Ini ja yang kebanyakan orang tau. Sampailah kenal dia. Dia kena umo muda. 20an camtu. Berhati-hati tanya dia, takut terasa kan. Ingat sebabbubat kurus/kulit. Dia cakap eh bukanlah. Based on doc sendiri cakap kat dia sebab kencing manis, darah Tinggi, lain tak ingat dah. Terkejut gak dengar sebab selama ni memang dok ingat sebab supplement je sakit buah pinggang ni. Sedangkan percent org kena buah pinggang sebab supplement lebih rendah berbanding yg kena sebab darah tinggi, kencing manis dll. Tapi yg di kecohkan kena buah pinggang ni sebab supplement je.

honeybee1802 Publish time 27-11-2022 12:50 PM

Sheila1987 replied at 27-11-2022 12:46 PM
Pernah kenal member sorang ni, yg sakit buah pinggang 12 tahun sebelum meninggal dunia time covid ta ...

Yup..arwah mak mertua iols sama la...bila diabetes..once dia kete infection terus mcm nad la..dikomakan...mmg peparu paling terus...next is kidneys...ms tu kira acute la...jantung agak lemah la sbb burden tu seme..tinggi..otak..sib yg ni takde apa...so dia survived la byk years jgk...but condition diabetis menyebabkan fungsi kidney lama2 merosot jgk...kena jg dialisis...

NazRysha Publish time 27-11-2022 12:57 PM

Tak kisah apa pun
Jangan ambik ubat kurus supplement tanpa
Sama jugak dengan jamu

Sheila1987 Publish time 27-11-2022 01:00 PM

honeybee1802 replied at 27-11-2022 12:50 PM
Yup..arwah mak mertua iols sama la...bila diabetes..once dia kete infection terus mcm nad la..diko ...

Sebab aku tengok bahan berryfull based on google mcm makanan tambahan biasa ja. Biasa tak perlu not KKM label bawah makanan sahaja.

Tak rasa bahaya sampai kes buah pinggang ni. Cuma kalau yg cakap produk overclaim, tak berkesan tu betollah. Cuma produk tengah hot sebab artis2 dok promote je termasuklah Nad ni.

asfaz Publish time 27-11-2022 01:07 PM

Sheila1987 replied at 27-11-2022 12:46 PM
Pernah kenal member sorang ni, yg sakit buah pinggang 12 tahun sebelum meninggal dunia time covid ta ...

Kencing manis kalau tak jaga mmg akan kena buah pinggang. Last sekali serangan jantung. Tu yg org gelarkan penyakit 4 serangkai. Makcik ai kencing manis bertahun ,dialisis pun bertahun2. Lastnya punca meninggal serangan jantung . Kena pagi raya meninggal raya ke5.

opie5662 Publish time 27-11-2022 01:10 PM

ReginaGeorge: I don’t think dia amik ubat k ...

Bukan ubat tu je die guna... Dulu die ade produk sendiri. Utk putih kulit kalau x silap. I still percaya semua tu jadi effect pada sakit die

asfaz Publish time 27-11-2022 01:10 PM

Sheila1987 replied at 27-11-2022 01:00 PM
Sebab aku tengok bahan berryfull based on google mcm makanan tambahan biasa ja. Biasa tak perlu no ...

You ada baca tak Komen kat TikTok yg minum bf tu berak darah? Dia stop ok,tp bila dia minum berak darah lagi. Ada dlm benang lagi satu.
Tak la kata Nad ni sakit sb bf ni.

Fazzbulous Publish time 27-11-2022 01:30 PM

asfaz replied at 27-11-2022 01:07 PM
Kencing manis kalau tak jaga mmg akan kena buah pinggang. Last sekali serangan jantung. Tu yg org...

my mom pun complete 4 serangkai dia...tak buat lg dialisis sbb baru lepas operate bypass bulan 10 aritu....sampai skang ada part luka operate kena cuci ari2...lambat skit sembuh sbb ada kincing manis...masa operate bypass pun 2 kli jantung dia stop...huhuhuhu...smntra nk tggu jntung kuat skit, & decision doc samada dialisis air atau drah,bdn dia gatal2....kulit kering...garu je..

asfaz Publish time 27-11-2022 01:34 PM

Edited by asfaz at 27-11-2022 01:36 PM

Fazzbulous replied at 27-11-2022 01:30 PM
my mom pun complete 4 serangkai dia...tak buat lg dialisis sbb baru lepas operate bypass bulan 10...

Mak u kalau ada bisul cepat2 pergi hospital tau. Arwah mil ai bisul mula2 macam jerawat naik tak smpi seminggu besar tapak tangan.kena operate. Kulit kering gatal2 tu betul .Arwah mil ai cuci air.

kuzaime Publish time 27-11-2022 01:38 PM

asfaz replied at 27-11-2022 01:10 PM
You ada baca tak Komen kat TikTok yg minum bf tu berak darah? Dia stop ok,tp bila dia minum berak...

Gila betul dah tau tu punca berak darah masih nak minum lagi:mad: aku pernah kena sekali dulu, ambik ubat utk sakit2 urat, sekali masa verakk darah hidup kluar:sweat3: naik gigil kepala lutut sebab terkejut. Lepas tu x berani dah ambik ubat tu

800214 Publish time 27-11-2022 02:31 PM

Ada kawan i olls baru ni diagnosed nephrotic syndrome. Umo 40+.dia kata kena gini lepas mkn 1 produk ni. Konon nak turunkan kolestrol. End up kena nephrotic. Baru keluar hospital beberapa hari lepas. Kena buat biopsy. Belum tahap kena dialisis la. Tp kalau xjaga mmg boleh kena.

Sheila1987 Publish time 27-11-2022 03:12 PM

Edited by Sheila1987 at 27-11-2022 03:44 PM

asfaz replied at 27-11-2022 01:10 PM
You ada baca tak Komen kat TikTok yg minum bf tu berak darah? Dia stop ok,tp bila dia minum berak...

Baca, tu lah pelik gak lah. Sebab kalau tengok bahan berryful biasa ja. Dan biasa kalau daftar pon takkan dapat not kkm. Sebab bawah label bawah makanan sahaja. Kalau label bawah makanan, produk memang tak de bahan bahaya. Tapi aku tak sure sangat sebab bukan agen dorang ke apa. Biasa kalau jadi agen dorang, baru dorang tunjuk kat agen sijil produk under makanan. Agen akan bagi sijil ni kat cust yang mintak sahaja selalunya. Cuma kalau tengok bahan dia based on google, cara minum semua, biasa produk mcm ni memang under makanan je lah. Memang tak de not KKM. Tapi memang produk overclaim la. Biasa yg turun sebab diet sama. Tp tak taulah klu mcm produk aliff dulu, rasanya produk alief pernah kena camni tak silap, mula2 under makanan, tup2 viral ada bahan bahaya.

Pastu kebanyakan produk kurus suka buat bentuk camni, jenis minum, serbuk kemam berbanding yg pil. Sebab yg pil memang kena not kkm.

Cuma aku x rslah sebab produk ni nad kena buah pinggang tu.

Goodluckdontcry Publish time 27-11-2022 11:43 PM

Edited by Goodluckdontcry at 27-11-2022 11:54 PM

Doa yg baik2 saja utk semua..quote director ni

Well den sentiasa doakan yg terbaik utk diri den terutamanya.. kemudian ibubapa (yg penting utk den juga) keluarga den..nenek moyang saudara mara den..kwn2 jiran2 den..akhir skali..muslimin dan muslimat..so klu sape2 Muslim, xkira ceruk mn ko berada hatta disiberia pun, tmsklah dlm doa den tanpa den khusus kpd sipolan sipolan.... sekian terima kasih

Oo lupa.. setiap Muslim perlu doa khusus utk dirinya sendiri terlbh dahulu.. barulah kemudian ko nak doakan org lain ..asbab kisah Iblis dik..dulu ketua malaikat disyurga.. akhirnya kene tendang dr syurga..dr bacaan den..bilamana para malaikat asyik minta dia doakan..sampai die terlupa utk berdoa utk drnya sendiri..of course la dah itu tetapan dr Allah SWT..cuma setiap cerita, kita amikla pedoman utk diri sndr..lg skali.. sekian terima kasih.. kehkehkeh

sayawifenikmie Publish time 28-11-2022 01:16 AM

Sheila1987 replied at 27-11-2022 03:12 PM
Baca, tu lah pelik gak lah. Sebab kalau tengok bahan berryful biasa ja. Dan biasa kalau daftar pon ...

..... NOT untuk kosmetik sis.

kalau supplement kod MAL

Sheila1987 Publish time 28-11-2022 07:49 AM

sayawifenikmie replied at 28-11-2022 01:16 AM
..... NOT untuk kosmetik sis.

kalau supplement kod MAL

Aah maybe lah. Aku pon tak sure sgt. Cuma ada produk. Biasa jenis air minum bancuh lah takkan dapat KKM. Sebab bawah makanan sahaja. Kalau bawah makanan ni tak bahaya. Cuma kalau ikut tak boleh overclaim produk. Berryful ni tak sure, tgk balik dia ada 2 jenis, satu bancuh minuman coklat oat (yg ni yg biasa under makanan sahaja, jenis serbuk kemam pon biasa under makanan), satu lagi jenis sedut air (yg ni x sure ada kkm tak, kalau jenis pil tu memang wajib kkm). Tengok iklan agen just tulis di perakui KKM. Biasa macam ni under makanan je. Sebab tu tak de tulis NOT/MAL dia. Cuma dorang ada sijil, biasa bagi bila cust mintak sahaja. Kalau ada KKM biasa kat iklan dah tulis dah NOT/MAL dia.

bottompro Publish time 28-11-2022 08:25 AM

Ambik ke tak ambik ke bukan point sebenar.Doa je la baik2.

Utk dak ijad, aku doa ko jumpa surgeon yg bagus utk repair hidung senget benget tu. Gituww. Boleh contact mek juwa utk dapatkan contact surgeon ittuw

honeybee1802 Publish time 28-11-2022 09:23 AM

Sheila1987 replied at 27-11-2022 01:00 PM
Sebab aku tengok bahan berryfull based on google mcm makanan tambahan biasa ja. Biasa tak perlu no ...

Makanan mcm tu yg dia display sekian.kang betul hantar test...memcm yg mengancam....so telan je la buah original...
Pages: [1] 2
View full version: Shahrulezad Kata Buah Pinggang Merosot Akibat Ubat Kurus Tak Benar, Vital Organ Nad Zainal Tidak Terjejas


ADVERTISEMENT