CARI-MRO Publish time 27-11-2022 11:40 AM

Syura Kekok Hamil Lagi Selepas 11 Tahun, "Suami Menangis, Rasa Macam Kali Pertama"

Syura Badron berasa kekok apabila disahkan hamil selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga dengan Muhd Farizat Ismail Januari lalu.


Syura atau Zuraidah Badron, 36, berkata, perasaan itu timbul kerana kali terakhir dia hamil adalah sekitar 11 tahun lalu namun bersyukur diberikan rezeki oleh Allah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/27/113945fvuuosdyh1su0hqd.pngFoto: IG




"Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun tapi Alhamdulillah dapat rezeki anak awal.


"Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lepas, jadi perasaan itu agak kekok seperti mengandung anak pertama.


"Alhamdulillah kehamilan anak keempat ini tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma kadangkala saya sakit tekak dan mengalami demam," katanya kepada mStar.




https://www.instagram.com/p/ClYgbEyJSvo/?hl=en


Syura ditemui selepas membuat persembahan di separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) yang berlangsung di Plaza Alam Sentral pada Sabtu.


Penyanyi itu terdahulu mengumumkan di Instagram sedang hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada Mac 2023.


Syura turut membuat kejutan kepada suami dengan menghadiahkan kotak misteri yang tersimpan pakaian bayi dengan tertera perkataan 'You Are Going To Be a Dad Soon'.




https://www.instagram.com/p/CjCfovPN_47/?hl=en


Dalam pada itu, Syura berkata, suaminya tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk menimang cahaya mata secepat ini apatah lagi usianya yang semakin meningkat.


Malah kata Syura, mereka berdua pernah berbincang secara mendalam tentang kemungkinan dia tidak dapat memberikan zuriat memandangkan Muhd Farizat tidak pernah berkahwin sebelum ini.




https://www.instagram.com/p/CgHUtuepWfG/?hl=en


"Sebelum bernikah kami pernah bincang mengenai soal anak kerana usia saya sudah menjangkau 36 tahun... jadi banyak perkara bermain di fikiran apatah lagi suami tidak pernah berkahwin sebelum ini.


"Tapi dia sudah menegaskan bahawa dia tidak kisah seandainya kami tidak diberikan rezeki anak dan memahami keadaan saya.


"Bagaimanapun sebaik tahu saya disahkan hamil dia orang paling gembira," katanya.




https://www.instagram.com/p/CdIw_8NJmtz/?hl=en


Tidak hanya suami, Syura turut teruja melihat ketiga-tiga anaknya tidak sabar menanti kelahiran adik mereka.


Untuk rekod ini merupakan perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.


Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun. -CARI


Sumber: mStar Online

ReginaGeorge Publish time 27-11-2022 12:42 PM

Apa cerita kes saman hari tu?

SonicSiLandak Publish time 27-11-2022 01:51 PM

kekok alewuttoooooooooooooooooooo

masa main kekok tak???

waaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah

:lol::laugh3:

darkness Publish time 27-11-2022 01:53 PM

Aku skeptikal sikit dgn bapa tiri peluk anak pompuan ni. Ntahla..sb bnyk kes pedo kut..kes grooming kebelakangan ni

virgo19 Publish time 27-11-2022 02:00 PM

darkness replied at 27-11-2022 01:53 PM
Aku skeptikal sikit dgn bapa tiri peluk anak pompuan ni. Ntahla..sb bnyk kes pedo kut..kes grooming...

Tapi kat gambar atas tu anak pompuan yg peluk bapak tiri, lagi seram..

suka2 Publish time 27-11-2022 02:02 PM

virgo19 replied at 27-11-2022 02:00 PM
Tapi kat gambar atas tu anak pompuan yg peluk bapak tiri, lagi seram..

Khenn... Dh la tudung anak tiri dgn baju pak tiri sedondon.

MisXoXo Publish time 27-11-2022 02:48 PM

Sbb bdk tu 15 thn kan..dh mula perasaan berbuai2

doubleharmonic Publish time 27-11-2022 02:49 PM

kenapa peluk lengan tu dah macam laki bini

Piramida Publish time 27-11-2022 02:54 PM

Tak baca article ngatkn suami/ tunang anak dia..Nampak sedondon.
Rupanya budak lagi, br 15.

che-cikL Publish time 27-11-2022 03:12 PM

Edited by che-cikL at 27-11-2022 03:16 PM

Wartawan kelas belakang ada masalah comprehension & composition!


"Malah kata Syura, mereka berdua pernah berbincang secara mendalam tentang kemungkinan dia tidak dapat memberikan zuriat memandangkan Muhd Farizat tidak pernah berkahwin sebelum ini."

Teruk nau buat penulisan di atas, tapi bila tulis yg bawah ni, sebab maybe lebih kurang sebutir2 yg Syura maksudkan, baru maksud tu sampai

"Sebelum bernikah kami pernah bincang mengenai soal anak kerana usia saya sudah menjangkau 36 tahun... jadi banyak perkara bermain di fikiran apatah lagi suami tidak pernah berkahwin sebelum ini."

Maksud Syura Tu, sebab dia dah umur 36 thn, jadi takut tak dapat mengandung lagi. Bukannya sebab suaminya tak pernah kawin sebelum ni. LEMAHHhhh budak Cari peliharaan Moderators ni.

sukacactus Publish time 27-11-2022 03:55 PM

Suka la buat pic kaki panjang mcm hantu galah gitu…buruk!

Leonclay Publish time 27-11-2022 04:52 PM

Kejutan tu buat bila? 5 bulan perut dah besar..x kn laki x tau dh pregnant..

Katanya Publish time 27-11-2022 04:58 PM

Shut the fugg up

Suchi Publish time 27-11-2022 05:29 PM

Rasa cam bohong je bila kawen lelaki bujang muda kendian si lelaki tu kata tak kisah kalau takde anak.

Dia nih dulu veranak normal kan? So ok la lg nk beranok pun walau dah deret anak sblm tu.
Sedangkan yg bersalin czer dah 4 kali pun gagah lagi nak beranak anak ngn laki baru yg
muda trang tang.
Maybe keadaan rahim masih ok gaknya, sbb rata2 kawan iols dapat czer sampai 4 kali je pastu doc buat btl sbb keadaan rahim pun dh tak ok utk mengandung lg.

Acikgomen Publish time 27-11-2022 06:25 PM

Suchi replied at 27-11-2022 05:29 PM
Rasa cam bohong je bila kawen lelaki bujang muda kendian si lelaki tu kata tak kisah kalau takde ana ...

Tahnye gedik sgt aihhhhh acah2 kot takleh beranak sbb berumoq:curse:
Baru 36 bukan 46 pun nyampesssss:I

ghalibboy Publish time 27-11-2022 06:36 PM

Sama besar anak2 dara dgn ayah tiri..

DeLuna85 Publish time 27-11-2022 09:41 PM

Masa main kekok ke tidak

adeqbun Publish time 28-11-2022 11:56 AM

Kenapa nak kekok terkejut pulak...lain la ko kawen tp x buat pojek

Aneem Publish time 28-11-2022 04:00 PM

Berasmara hr tu kekok jugak tak?

makadek Publish time 29-11-2022 07:33 AM

Acikgomen replied at 27-11-2022 06:25 PM
Tahnye gedik sgt aihhhhh acah2 kot takleh beranak sbb berumoq
Baru 36 bukan 46 pun nyampess ...

30an tu tgh aktip hongkek tawu ..beranak pn sama :lol:
Pages: [1] 2
View full version: Syura Kekok Hamil Lagi Selepas 11 Tahun, "Suami Menangis, Rasa Macam Kali Pertama"


ADVERTISEMENT