mattzzx Publish time 27-11-2022 10:47 AM

Messi bantu kebangkitan Argentina

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/epaselect_QATAR_SOCCER_1669509236.jpg
MESSI (kanan) melepaskan rembatan untuk menghasilkan gol pembukaan Argentina di Stadium Lusail. FOTO EPA

Lusail: Argentina berjaya mengurangkan tekanan daripada kekalahan mengejut bertemu Arab Saudi di aksi pembukaan selepas berjaya menumpaskan Mexico pagi tadi.

Menurut ketua pasukan, Lionel Messi sekarang mereka boleh menghadapi aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Poland dengan lebih tenang.

Argentina menumpaskan Mexico 2-0 di Stadium Lusail selepas memperoleh jaringan pada separuh masa kedua melalui Messi dan Enzo Fernandez untuk melonjak ke tangga kedua Kumpulan C satu mata di belakang Poland.

"Ada beban yang digalas di bahu kami. Sekarang kami berasa lega dan ia kembali menyebelahi kami semula," kata Messi.


Tekanan tinggi yang dipamerkan Mexico berjaya mematahkan serangan Argentina pada separuh masa pertama sebelum Messi memecahkan kebuntuan pada minit ke-64 sekali gus dapat mengurangkan tekanan buat pasukannya yang berdepan penyingkiran sekiranya tumpas aksi berkenaan.

"Saya rasa aksi di separuh masa pertama sangat sukar berikutan situasi dan keinginan kami untuk menang.

"Kami tidak mampu mencari ruang. Kami tidak boleh menggerakkan bola dari bahagian sendiri ke kawasan lawan.

"Bagaimanapun, pada separuh masa kedua kami mula melakukan apa yang perlu. Kami mula mencari ruang dan jaringan mengubah permainan.

"Kami memerlukan kemenangan tapi permainan perlu dipermainkan dengan cara sebegini. Kami perlu menang untuk membolehkan semua orang berasa tenang dan cuba untuk berdepan aksi menentang Poland dengan cara yang berlainan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2022/11/908717/messi-bantu-kebangkitan-argentina
Pages: [1]
View full version: Messi bantu kebangkitan Argentina


ADVERTISEMENT