JoyahMengayah Publish time 27-11-2022 08:24 AM

Barisan kabinet kerajaan, cabaran sebenar Anwar kini bermula

SHAH ALAM - Kerajaan baharu harus memberikan fokus untuk menangani lima perkara utama dihadapi rakyat Malaysia dalam tempoh terdekat.

Presiden Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, ia adalah berkaitan kos sara hidup, menambah baik sistem kesihatan, meningkatkan kualiti pendidikan, memastikan kemampuan pemilikan rumah, mengurangkan pengangguran dan termasuk masalah kerja di bawah taraf pendidikan atau ‘underemployment’.

Menurutnya, kesemua isu berkenaan perlu ditangani memandangkan negara bakal turut terkesan dengan risiko kemelesetan ekonomi global pada tahun hadapan.

Jadi saya fikir ini adalah perkara teras dalam jangka waktu pendek yang kerajaan perlu fokuskan,” katanya ketika menjadi panelis dalam program Sinar Live bertajuk Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia.

Sementara itu, Rais berkata, dari segi perubahan jangka masa sederhana dan panjang, kerajaan perlu melaksanakan reformasi institusi termasuk dalam usaha memastikan kebebasan badan kehakiman.

“Kalau kita mengikut pelan begini, insy-ALLAH kita dalam landasan trajektori untuk kita memulihkan semula negara. Jika tidak kita akan berhadapan dengan masalah,” ujarnya.

Berita terkait...

Sehingga artikel ini ditulis, Sinar Harian difahamkan tiada sebarang perbincangan melibatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) mahupun parti yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan diadakan bagi membincangkan pelantikan barisan Jemaah Menteri.

Rata-rata pemerhati dan penganalisis politik berpandangan, Anwar yang juga pengerusi PH bakal berdepan dengan cabaran dalam menguruskan kerajaan perpaduan yang stabil dan kukuh.

Usaha menyatukan parti-parti politik yang berbeza idealogi juga merupakan ‘beban’ yang perlu dipikul Ahli Parlimen Tambun itu selain pembentangan Bajet 2023 yang perlu dilakukan bagi melaksanakan sekurang-kurangnya bayaran gaji untuk penjawat awam.

Namun hari ini tumpuan Anwar terarah kepada perbincangan bersama agensi dan jabatan terlibat mengenai kos sara hidup rakyat yang telah menjadi fokus utamanya setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Khamis lalu.

Tekanan kos sara hidup sudah semestinya menjadi perkara utama diperjuangkan rakyat yang mahu kerajaan melaksanakan langkah mengurangkan beban, apatah lagi tahun 2023 dikatakan seluruh dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi.

https://www.sinarharian.com.my/article/233553/suara-sinar/analisis-sinar/barisan-kabinet-kerajaan-perpaduan-jadi-tumpuan-rakyat









jalfa Publish time 27-11-2022 08:30 AM

Jenuh nak create jawatan baru:lol:

mojarean_X Publish time 27-11-2022 08:48 AM

Kalo bole 10 kementerian je

unguaurora Publish time 27-11-2022 08:58 AM

Kementerian tinggal skit so beban menteri makin bertambah. Gaji plak kna potong.. ;P

noor2 Publish time 27-11-2022 09:13 AM

Good luck Anwar....aku harap sgt Malaysia bertambah cemerlang di bawah pimpinan baru ni..

Perwira2022 Publish time 27-11-2022 09:23 AM

Konon nak banteras penyamun tapi bawa masuk penyamun dalam kabinet :lol:

AbukRokok Publish time 27-11-2022 09:31 AM

masalah pendatang asing

kemaruk Publish time 27-11-2022 09:37 AM

masalah LGTV4KHD

krustykrab Publish time 27-11-2022 09:42 AM

Perwira2022 replied at 27-11-2022 09:23 AM
Konon nak banteras penyamun tapi bawa masuk penyamun dalam kabinet

Kannnn..... Demi secebis sokongan nk jd piyem:lol:

zidane_ziege Publish time 27-11-2022 09:42 AM

Abahkow dulu lepas angkat sumpah boleh lagi main golf 2-3 hari..dah bising rakyat panggil sebab covid dh menggila baru terkial kial nak buat perutusan ;P

Rileks..MP kena angkat sumpah dulu..plan2 pun kalau tetiba meninggal kan rosak plan ;P

Solokkk Publish time 27-11-2022 10:07 AM

Good luck Pak Non. Kami dgn tunggu janji2 yg berdegar2 masa kempen PRU15 dulu tuh yerk. Kamu pun faham konsep: hari nih kawen, takkan besok beranak :lol:

rospinki Publish time 27-11-2022 10:09 AM

Kena tenang2 bang non jangan bwk perangai gelojoh hang tu.

alesandra Publish time 27-11-2022 10:12 AM

Solokkk replied at 27-11-2022 10:07 AM
Good luck Pak Non. Kami dgn tunggu janji2 yg berdegar2 masa kempen PRU15 dulu tuh yerk. Kamu pun fah ...

Hari ni ahad pun dia ada meeting pasal kos sara hidup .bwak bersabar.pm sblm ni x penahlagi dengar meeting hari cuti psl rakyat.yg tau langkah sheraton tu hari ahad

green~tea Publish time 27-11-2022 10:30 AM

unguaurora replied at 27-11-2022 08:58 AM
Kementerian tinggal skit so beban menteri makin bertambah. Gaji plak kna potong..

Aku reserve comment aku dulu pasal ni..

Sbb masa anwar jadi penasihat gomen selangor, dia demand nak ada pegawai2 lantikan politik utk pejabat penasihat... padahal jawatan penasihat je punnnnn.. tak perlu laaaa ada ramai pegawai lantikan politik...semua staf jambu2 dia amek, tmasuk saiful hahahahhah

caprut Publish time 27-11-2022 10:35 AM

green~tea replied at 27-11-2022 10:30 AM
Aku reserve comment aku dulu pasal ni..

Sbb masa anwar jadi penasihat gomen selangor, dia demand...

Saiful jambu? Ramai lg mat rempit jambu dari saiful. Aiyo. Sbb tu orang mcm ko tu senang percaya anwar tu gay/bisex

Solokkk Publish time 27-11-2022 10:38 AM

Edited by Solokkk at 27-11-2022 10:52 AM

alesandra replied at 27-11-2022 10:12 AM
Hari ni ahad pun dia ada meeting pasal kos sara hidup .bwak bersabar.pm sblm ni x penahlagi deng ...

Kami geng2 atas pagar,walaupun ada yg solid padu NO to PH, memang sabar menunggu janji2 PRU15 :lol:. Kami pentingkan action, bukan janji bulan bintang :lol:. Walaupun prinsip dah disondol, tolong deliver janji2 yerk :lol:

Solokkk Publish time 27-11-2022 10:40 AM

rospinki replied at 27-11-2022 10:09 AM
Kena tenang2 bang non jangan bwk perangai gelojoh hang tu.

Yup…Pak Non, masa dulu2, senang kena provoke. So, jadi makanan atok la dulu2 :lol:

Skuau Publish time 27-11-2022 10:40 AM

mojarean_X replied at 27-11-2022 08:48 AM
Kalo bole 10 kementerian je

apa??? ikut barisan menteri filem musang berjanggut ka??? Ada menteri nikah kawen ka???:lol:

axl_bach Publish time 27-11-2022 10:48 AM

Solokkk replied at 27-11-2022 10:38 AM
Kami geng2 atas pagar,walaupun ada yg solid padu NO to PH, memang sabar menunggu janji2 PRU15 :l ...

Atas pagar tp solid NO PH?

Solokkk Publish time 27-11-2022 10:50 AM

Edited by Solokkk at 27-11-2022 11:03 AM

axl_bach replied at 27-11-2022 10:48 AM
Atas pagar tp solid NO PH?

Yup….sebab dah kena kencing 22 bulan dulu. So, atas pagar untuk parti2 lain. Aku tak tahu the right term kes macam nih :lol: Partly atas pagar? Bergayut atas pagar? :lol:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Barisan kabinet kerajaan, cabaran sebenar Anwar kini bermula


ADVERTISEMENT