LLM Publish time 3-11-2010 01:32 PM

CERITA PENDEK: Menanam anggur

Miki mengeluh berpanjangan..Sudah dua bulan dia terkial-kial mencari pekerjaan. Masih tidak berhasil. Ke sana ke mari bertanya-tanya mengenai kekosongan kerja.

Miki duduk di kerusi malas sambil termenung. Maria, ibu Miki, yang sedang lalu untuk ke dapur tergamam melihat Miki bermenung.

'Miki mengapa termenung ni?' tanya Maria.

'Saya masih tak dapat kerja lagi, mak' ujar Miki. 'Dah dekat dua bulan saya cari kerja, tapi tak dapat-dapat lagi..'

'Sijil saya ni tak laku kah?' tanya Miki sambil menunjukkan sijil kelayakannya.

Maria cuma mampu tergamam. Di tangan kirinya tergenggam sehelai kertas. Dengan perlahan-lahan Maria menggumpal kertas itu dan mula mengunyah kertas itu perlahan-lahan sebelum menelannya.

Miki membelek-belek dan membaca sijil kelayakannya. Tertulis perkataan ''Sijil Tamat Sekolah Tadika Sri Putri''

Kucing kesayangan Miki yang sedang berbaring di tepi kerusi malas memalingkan pandangannya kepada Miki sambil membebel 'Mi miew, mi miew. Kau ni budak kecik. Mana boleh kerja lagi!' Miki cuma mampu tersenyum dan membalas 'Ye tak ye jugak, Encik Kucing..' Maria masih terdiam dan memandang ke arah kucing kesayangan Miki dan mengangguk-ngangguk tanda setuju..

Beginilah kehidupan Miki, seorang pemudi lepasan tadika berumur 7 tahun, di pesisiran kota metropolitan KL yang penuh dengan pancaroba dan berliku-liku di ambang kegawatan ekonomi antarabangsa..

TAMAT:I

kikuri Publish time 3-11-2010 01:40 PM

miki :@:@:@:lol:

AnakPakKassim Publish time 3-11-2010 04:18 PM

Cerita ni best ...

Jiks isi dipanjangkan, cerita tentang perasaan kecewa... teruja, nak sangat bekerja, ada duit sendiri... boleh beli ais krim... lepas tu, barulah tunjuk sijil tu...

klakar lah crite ni.. idea baik!

sang_arjuna Publish time 3-11-2010 04:42 PM

i liiikeee
ada mesej tersendiri

bintang Publish time 3-11-2010 05:44 PM

Mesej apa kebende la tuh :shakehead3:

Jeedai Publish time 4-11-2010 01:52 AM

lulusan tadika?

bunick Publish time 4-11-2010 07:23 AM

nsb baik bukan miko;P

entahmengapa Publish time 4-11-2010 09:18 AM

weeee..kelakar..:lol:

Jaza2008 Publish time 4-11-2010 12:26 PM

terlalu pendek LLM...
serba salah aku nak bagi tacang...
plesss selepas ni buat cerpen dlm 500 prktaan ke atas..
baru ada feel nak baca..

tzaraz Publish time 4-11-2010 11:56 PM

hadoiii... terkena aku... klakar tul!:lol:

tudung_bawal Publish time 5-11-2010 12:06 AM

kelakar...suka...suka....
tahniah..berjaya melenyapkan rasa mengantuk ai..;P

jingga007 Publish time 5-11-2010 12:17 AM

Reply 1# LLM


    next time tulis lg panjang ye :) sbb mek perasan LLM asyik tulis pendek sgt. bukan tak boleh tp mcm terlalu pendek. thanks.

syik05 Publish time 5-11-2010 12:26 PM

huhu..budak lepasan tadika upenyer..kalo aku jd budak tu xde makne nak cari keje..baik makan aiskrim tgk tb lagi bgs!hak2{:2_70:}

syik05 Publish time 5-11-2010 12:33 PM

Post Last Edit by syik05 at 5-11-2010 12:34

Jgn maree ar LLM..teruskan berkarya..   :) keep it up!!

bb_75 Publish time 5-11-2010 04:33 PM

best...tapi pendek sangat...

mijot Publish time 5-11-2010 09:32 PM

beria-ia tension tak dapat kerja sekali rupanya baru lulus tadika...
terkena den :lol:

lepapilon Publish time 7-11-2010 03:10 AM

sakit prt daaa tergelak.. dah la smbil bacaterbayang miki firdaus astana idaman tuh:lol:

fazss Publish time 24-11-2010 11:05 AM

kisah ni teringat kat sichan.. hehehe sichan versi malaysia..

mikoodette Publish time 24-11-2010 11:21 AM

nsb baik bukan miko
bunick Post at 4-11-2010 07:23 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


cet..... sempat lagi tu selitkan nama aku... kurengss btoi...

asep Publish time 13-12-2010 11:28 PM

Lama dah aku tak layan cerita-cerita si LLM ni. Masih kelakar seperti dulu..:lol:
Pages: [1]
View full version: CERITA PENDEK: Menanam anggur


ADVERTISEMENT