Raline Publish time 26-11-2022 05:47 PM

JDT sudah takluk Bukit Jalil

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/fan-jdt.jpg
PENYOKONG JDT sudah tiba lebih awal di Stadium Nasional Bukit Jalil

JDT sudah takluk Bukit Jalil


KETIKA final Piala Malaysia hanya akan bermula pada jam 9 malam, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah pun dianggap ‘menang awal’ apabila penyokongnya dilihat lebih mendominasi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagaimanapun, faktor jarak jarak mungkin menjadi sebab kepada situasi ini memandangkan penyokong setia Harimau Selatan terpaksa menempuh perjalanan lebih jauh berbanding peminat Red Giants.

Peminat Selangor dilihat lebih tenang dan tidak terlalu terkejar-kejar untuk tiba di lokasi.

Setakat jam 5 petang lalu, pemain ke-12 JDT sudah pun mula berbaris panjang untuk memasuki stadium namun situasi dilihat masih lagi terkawal apabila masing-masing kekal tenang untuk menunggu giliran masing-masing di tempat pemeriksaan.

Selain petugas keselamatan yang dilantik dan kehadiran Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) turut menempatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di luar stadium khususnya di hadapan Axiata Arena.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11/26/jdt-sudah-takluk-bukit-jalil/

Pages: [1]
View full version: JDT sudah takluk Bukit Jalil


ADVERTISEMENT