mattzzx Publish time 26-11-2022 04:48 PM

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

IPOH: Seorang lelaki maut dalam kejadian insiden tanah runtuh di Blue Valley, dekat Kampung Raja di Cameron Highlands tengah hari tadi.

Kejadian dikatakan berlaku ketika sebuah jengkaut sedang melakukan kerja tanah di lokasi terbabit, dengan mangsa yang tertimbus disahkan berusia 37 tahun.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang Ismail Abdul Ghani, mengesahkan kejadian itu dengan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.54 tengah hari.

"Susulan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dikejarkan ke lokasi bersama dua jentera.


"Sebaik tiba kami dapati tanah runtuh menghempap sebuah jengkaut yang sedang melakukan kerja tanah.

"Mangsa yang tertimbus dikeluarkan pasukan bomba menggunakan cangkul, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1031881/lelaki-maut-tertimbus-tanah-runtuh-di-cameron-highlands
Pages: [1]
View full version: Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands


ADVERTISEMENT