mattzzx Publish time 26-11-2022 03:44 PM

PDRM digesa siasat individu hina kaum, agama

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/farid.jpg
FARID El Emin (tengah) keluar dari IPD Dang Wangi selepas membuat polis berhubung kenyataan berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama dalam media sosial.


PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH)menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk ahli politik yang memuat naik atau mengeluarkan kandungan berunsur penghinaan kaum serta sensitiviti agama dalam media sosial. 

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Selangor, Farid El- Emin berkata, tindakan mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada berbentuk tulisan atau video mampu memecahbelahkan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Kami mengambil maklum atas penularan beberapa video menerusi media sosial sejakakhir-akhir ini dan apa yang kami mahukan adalah perbuatan ini harus dihentikan segera.

“Perbuatan memuat naik perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan bangsa ini adalah sama sekali tidak diterima dalam negara kita yang majmuk ini,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini. 

Terdahulu, satu laporan polis dibuat pihaknya kira-kira pukul 11.30 pagi ini di IPD Dang Wangi hari iniberhubung kenyataan berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama dalam media sosial.

Farid berkata, perbuatan memuat naik dan mengeluarkan kenyataan berbentuk perkauman dilihat cubaan untuk memupuk kebencian kepada kaum lain sehingga mendatangkan keresahan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Kesan tindakan ini telah menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan benci-membenci, menggugat keharmonian kaum dan agama rakyat Malaysia.

“Justeru, kita menggesa mereka ini disiasat di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan,” katanya.- UTUSAN

 https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/pdrm-digesa-siasat-individu-hina-kaum-agama/
Pages: [1]
View full version: PDRM digesa siasat individu hina kaum, agama


ADVERTISEMENT