mattzzx Publish time 26-11-2022 03:37 PM

Bahan kitar semula dijadikan pakaian

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj38874811_1669446776.jpg
MODEL memakai pakaian rekaan Zakaria (tengah), Danish (kanan) dan Nur Hidayah. FOTO Genes Gulitah

Kuala Lumpur: Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) terus mengorak langkah ke hadapan dalam usaha membudayakan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan orang ramai dengan menganjurkan 'Waste is Amazing Fashion Competition 2022.'

Peringkat akhir pertandingan reka bentuk fesyen menggunakan bahan yang boleh diguna semula dan dikitar semula seperti pakaian terpakai, kertas, surat khabar, beg plastik, kotak penutupbotol plastik dan penutup tin aluminium itu berlangsung di ibu negara, hari ini.

Dengan tema 'Amazing Fantasia: Where Animations Come to Life' pertandingan akhir itu menyaksikan sembilan pereka tempatan dari seluruh Malaysia, menggabungkan kemahiran serta kreativiti masing-masing dalam mereka pakaian yang diperbuat daripada bahan kitar semula berwarna-warni yang diilhamkan menerusi watak-watak anime yang terkenal.


Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, penggunaan bahan kitar semula untuk membuat pakaian bukanlah sesuatu yang baharu.

"Ia telah lama merintis dan semakin popular di negara-negara Barat melalui apa yang kini

dikenali sebagai Ekonomi Sirkular.

"Oleh itu, kami mengharapkan inisiatif Alam Flora inidapat mewujudkan peluang dan membantu meningkatkan amalan pembudayaan 3R bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sampah di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, pemilihan awal dibuat oleh jawatankuasa, memandangkan Alam Flora menerima lebih 30 penyertaan.

Katanya, penganjuran kesembilan prorgram itu kali ini kebanyakan peserta pertandingan terdiri daripada penuntut dari pusat pengajian tinggi dari Semenanjung Malaysia.

"Ini amat menggalakkan kerana ia menunjukkan bahawa kesedaran orang ramai tentang 3R, kepentingan, kegunaan dan minatnya, semakin berkembang," katanya.

Pemenang pertama yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan Petronas Mesra Points sebanyak 30,000, trofi, mahkota, selempang serta sijil penyertaan adalah Zakaria Hafiz dengan rekaan karakter Queen of Heart Alice in Wonderland.

Tempat kedua, Danish Rizal dengan rekaan karakter Haku, Spirited pula menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan Petronas Mesra Points sebanyak 20,000 (trofi, selempang serta sijil).

Manakala tempat ketiga dimenangi Nur Hidayah Zamri dengan rekaan karakter Amano Hekima membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan Petronas Mesra Points sebanyak 10,000 (trofi, selempang serta sijil).

Bagi kategori Media Sosial Terbaik, wang tunai RM300 dan Petronas Mesra Points sebanyak 5,000 berserta trofi, mahkota, selempang serta sijil penyertaan dimenangi oleh pereka Norfarizan Jawahir dengan rekaan karakter Cruella daripada filem 101 Dalmations.

Juri profesional termasuk Ketua Komunikasi Korporat dan Penjenamaan Alam Flora Suriati Mohammad Mokhtar, Pengasas bersama Generasi Peduli Sampah (GPS) Datin Norelan Ismail dan selebriti yang juga penyanyi, Amir Alif.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/908503/bahan-kitar-semula-dijadikan-pakaian
Pages: [1]
View full version: Bahan kitar semula dijadikan pakaian


ADVERTISEMENT