mattzzx Publish time 26-11-2022 10:57 AM

GP China dibatalkan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gp_1669264337.jpg
London: Grand Prix China yang kembali dalam jadual Formula Satu (F1) tahun depan terpaksa dibatalkan susulan polisi Covid negara itu, mengikut laporan semalam.

F1 tidak dilangsungkan di China sejak 2019 tetapi dijangka kembali pada perlumbaan keempat pada 16 April 2023 namun polisi sifar Covid China menyebabkan F1 menganggap perlumbaan tidak dapat diteruskan.

Antara aspek tidak dapat dielakkan ialah staf F1 tidak akan diberikan pengecualian daripada peraturan kuarantin jika dijangkiti Covid-19.

F1 tidak boleh menggesa pasukan pergi ke China untuk berlumba di Shanghai dengan risiko berdepan penahanan beberapa hari jika dijangkiti penyakit itu.


Peraturan terbaru negara itu mewajibkan sesiapa dijangkiti Covid1-9 perlu dikuarantin lima hari di pusat pengasingan dan tambahan tiga hari lagi di rumah.

Pengerusi F1 dan ketua pegawai eksekutif, Stefano Domenicali belum membatalkan perlumbaan itu secara rasmi dan enggan memberikan sebarang komen.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/11/907736/gp-china-dibatalkan
Pages: [1]
View full version: GP China dibatalkan


ADVERTISEMENT