Raline Publish time 25-11-2022 04:54 PM

Nad bangun, kita dah ada PM baharu – Sharifah Amani

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/sharifah-amani-nad-zainal-pm-baharu.jpeg
SHARIFAH Amani berharap agar Nad Zainal segera sedarkan diri dan melihat pembentukan kerajaan baharu dengan menyaksikan negara Malaysia kini sudah pun mempunyai Perdana Menteri ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah).



Nad bangun, kita dah ada PM baharu – Sharifah Amani

PETALING JAYA – Rakan seperjuangan pelakon Nad Zainal, Sharifah Amani terus memanjatkan doa agar sahabatnya itu yang kini bertarung nyawa disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru diberi kesembuhan.

Amani atau nama sebenarnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menitipkan kata-kata perangsang supaya Nad lekas sedarkan diri untuk melihat realiti pertukaran kerajaan di negara ini.

“Nanad (panggilan Nad), kita dah ada Perdana Menteri (PM). Wake up soon (tolong sedarkan diri),” ciap pelakon filem Sepet itu menerusi Twitter.

Terdahulu, Amani, 36, meminta orang ramai terus mendoakan yang baik-baik buat Nad agar dia kuat berdepan ujian yang sedang dihadapinya sekarang.

“Kita doakan kesembuhan buat Nad Zainal atau Farah Nadia Zainal Abidin.

“Anda kuat Nanad. Semoga dipermudahkan segalanya. Insya-Allah,” coretnya.

Sementara itu, bekas suami Nad iaitu Muhammad Faliq Amiruddin ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi memaklumkan, dia masih belum diberitahu tentang kondisi terbaharu mantan isterinya itu.

“Maaf, saya belum diberitahu apa-apa yang terbaharu tentang keadaan atau kondisi terkini Nad Zainal.

“Kalau nak tahu selanjutnya, mungkin boleh telefon atau hubungi Ungku Ismail,” katanya ringkas.

Sehingga semalam, media melaporkan Nad, 32, masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Pakar Ampang Puteri namun mula menunjukkan perkembangan positif.

Bagaimanapun, ibu Nad melalui mesej yang dikongsikan kepada Sherry Alhadad berkata, doktor akan merawat buah pinggang pelakon itu kerana sedikit terjejas akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11/25/nad-bangun-kita-dah-ada-pm-baharu-sharifah-amani/

AbukRokok Publish time 25-11-2022 05:12 PM

{:1_563:}{:1_563:}{:1_563:}{:1_563:}
apabenda lah

Raline Publish time 26-11-2022 01:09 PM

adehhh :lol:

fealefea Publish time 26-11-2022 01:28 PM

Tu die, ex laki bg setepek kat UI eh. So buat2 tak tau ke. Perihatin la sket. Lama kot bersama.

gekkou Publish time 26-11-2022 03:15 PM

macam la nad tu baca twitter
dok berjuang nyawa kat spital
apa punya kata2 lah

matjerk Publish time 26-11-2022 03:18 PM

Dia cuba buat lawak ke ni...
Dia ingat nad kisah ke?

matjerk Publish time 26-11-2022 03:19 PM

Jap.. BARU PERASAN YG NI

Sementara itu, bekas suami Nad iaitu Muhammad Faliq Amiruddin ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi memaklumkan, dia masih belum diberitahu tentang kondisi terbaharu mantan isterinya itu.

“Maaf, saya belum diberitahu apa-apa yang terbaharu tentang keadaan atau kondisi terkini Nad Zainal.

“Kalau nak tahu selanjutnya, mungkin boleh telefon atau hubungi Ungku Ismail,” katanya ringkas.

sayawifenikmie Publish time 26-11-2022 03:22 PM

tak salah x nad juga
dah UI tu dok bertunggu tangga kat situ
mesti lah x laki nad tak selesa nak menunggu
atau berjumpa doktor bertanya kondisi nad
takkan dr nak ulang2 cakap kat 2-3 orang relativedah wartawan dok tanya dfia watper
tanyalah UI

tak jurus sungguh UI ni

paham sangat laha perasaan x nad tu (tak tahu lah depa cerai pasaipa)


limau_lemon Publish time 26-11-2022 03:27 PM

Iols husnuzon je la dgn ex nad ni.. Heols pon mesti ada kerja.. So mmg tunggu update dari family nad je.. Betul la Heols ckp nak tau Tanya UI.. UI yg sentiasa ada kt situ

timah03 Publish time 26-11-2022 03:34 PM

Yang wartawan pun tanya ex Nad buat apa...
Orang tu dah cakap dari hari tu, dia stress orang call2 dia... Dia nak urus kan anak2 lagi..
Yg ui dah tentu2 la ada kat sana... Mesti la doc inform dia... Bagitahu semua update...

caprut Publish time 26-11-2022 03:46 PM

Adakah sbb dia consume barang yg dia jual tu ek

SonicSiLandak Publish time 26-11-2022 03:49 PM

bangga pulak dapat bekas banduan rasuah dan liwat jadi PM ni dah nape bdk2 ni???

eeeeeeeeeeeeeeeeeeee

jijik

:mad:

Rogue98 Publish time 26-11-2022 03:50 PM

Demi content....dia ingat nad bangun tengah malam bukak hp nak check IG twitter semua pastu coma balik...;P

sukacactus Publish time 26-11-2022 03:52 PM

Ex nad kan jaga anak2, xkan la nak berulang ke spital plak
Betul la dia ckp tu, gi tya UI

jiwarasa Publish time 26-11-2022 06:38 PM

Perlu ke...euww

DeLuna85 Publish time 26-11-2022 06:46 PM

Tak lawak la makcik. Igt nad baca ke. Simpan sikit bengap tu.

QueenIsabella Publish time 26-11-2022 07:03 PM

tak lawak langsung lah. tau la kau totok geng2 liberal, lgbtq segala kan.. so chill2 suda.. takyah nak happy sgt la.. takyah nak taksub sgt dgn politics ni. hoi hoi ho ya hoi la sgt.. last2 org atasan cium molot penyamun jugek! choii sgt!

Fly_over Publish time 26-11-2022 07:23 PM

Edited by Fly_over at 26-11-2022 07:27 PM

lahhhh… hahahaha.. aneh2 la pyokong ph ni :lol: baru keluar dr benang hans jumpa benang ni pulak..

Fly_over Publish time 26-11-2022 07:28 PM

sayawifenikmie replied at 26-11-2022 03:22 PM
tak salah x nad juga
dah UI tu dok bertunggu tangga kat situ
mesti lah x laki nad tak selesa nak men ...

kesian la ex laki dia ni..

Fly_over Publish time 26-11-2022 07:53 PM

sekali nanad sedar2 jd penyokong pas :lol:
Pages: [1] 2 3
View full version: Nad bangun, kita dah ada PM baharu – Sharifah Amani


ADVERTISEMENT