FanTasyCreaTioN Publish time 25-11-2022 07:34 AM

Latihan kebakaran lindungi pengunjung, pekerja di 300 kedai

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20221124/b7d545c5-b42d-445e-acc9-1d63398d34e1.jpeg

KOTA KINABALU: Latihan kecemasan kebakaran yang dilaksanakan pusat beli belah Imago memastikan pengunjung serta pekerja di hampir 300 buah kedai yang ada di bangunan ini dilindungi.

Imago Shopping Mall dalam satu kenyataan memaklumkan latihan terbabit dijalankan dalam tempoh hampir sejam melibatkan pelbagai pihak.

“Imago Shopping Mall mengambil berat tentang keselamatan pekerja dan pengunjung yang hadir di bangunan ini.

“Mengambil kira keadaan keselamatan terbabit, kita melaksanakan inisiatif mengadakan latihan kebakaran setiap tahun bagi usaha melindungi pekerja yang berada di hampir 300 kedai di pisat beli belah ini,” katanya.

Beliau berkata latihan kebakaran berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang disasarkan.

“Kita mengucapkan terima kasih dengan bantuan pelbagai agensi yang menyumbang kepada kejayaan latihan ini termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tidak lupa juga kepada penyewa serta pengunjung dan semua pihak yang terlibat kerana memberikan kerjasama baik sepanjang latihan berjalan,” katanya.

credit


Pages: [1]
View full version: Latihan kebakaran lindungi pengunjung, pekerja di 300 kedai


ADVERTISEMENT