CARI-MRO Publish time 24-11-2022 05:16 PM

Sajat berang Dituduh Ada Di Malaysia Gara-Gara Pelekat Peti Sejuk

Tindakan seorang pengguna TikTok yang mendakwa usahawan penuh kontroversi, Sajat Kamaruzzaman berada di Malaysia gara-gara pelekat di peti sejuk undang tawa orang ramai.


Menerusi siaran langsung di akaun TikTok milik Sajat yang sedang menjawab pertanyaan seorang netizen yang mendakwa dirinya berada di Malaysia kerana pelekat di peti sejuk yang kelihatan seperti pelekat peti sejuk di Malaysia.


Sajat yang kelihatan bingung dengan pertanyaan pengguna TikTok tersebut seterusnya menunjukkan pelekat tersebut dengan jarak yang lebih dekat.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/24/171558gn7v5vvovcxd5p5y.png



“Adik, cakap dekat mak awak, mak tengok ni mak, ‘compare models at www.energyrating.gov.au’. Kau tahu tak ‘AU’ itu apa? Australia.


“Kau ingat pelekat ini ada di Malaysia sahaja? Pelekat ini ada dekat Australia juga adik. Tolong lah adik, aku sudah penat dan terangkan dah. Faham tak?,” ujar Sajat sambil tertawa.


Menerusi komen di siaran langsung TikToknya, majoriti besar pengguna TikTok terhibur dan geli hati dengan gaya dan jawapan Sajat yang tidak jemu menjawab pertanyaan daripada orang ramai.


“Kan dah kena, kau tanya lagi soalan macam itu dekat Sajat, penatlah gelak sampai kejung perut,” komen pengguna TikTok.


“Lawak sungguh, bukan kata Sajat, aku sendiri pun pening dengan soalan kau adik, ada ke patut pelekat peti yang kau tengok,” komen seorang lagi pengguna TikTok.


“Yang tanya soalan pun kelakar, yang jawab soalan pun lawak, eloklah korang bergabung buat lawak santai macam ni, hilang stres,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.


Terdahulu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman pernah memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. -CARI


Sumber: Kosmo

CiliApiPedas Publish time 24-11-2022 06:27 PM

Hahaha kdg kelakar kdg kesian. Hadap ek nk explain benda bodo cmni. Lau aku lantakkan jeeee

intan244 Publish time 24-11-2022 11:25 PM

knp beli peti ais kurang star. x inverter ke.

che-cikL Publish time 24-11-2022 11:29 PM

Budak2 sekarang acah2 puzzle cracker, decoder, i-spy

gideoncross Publish time 25-11-2022 01:36 AM

Dh nmpk "llaki" skit Sajat.

clarizsa Publish time 25-11-2022 02:05 AM

Rajinnya dorang layan live sajat
I follow gak dia kt tiktok tp sbb jarang masuk x nmpk la live nyaa
Banyak masa betul budak2 ni

adeqbun Publish time 25-11-2022 09:12 AM

hahahahhaah jantan muka kau jat

electricopop Publish time 25-11-2022 09:37 AM

Peti ais dia pun orang sibuk ek? Dasyat!!!

lotusteratai Publish time 25-11-2022 10:05 AM

semakin lama semakin nampak muka kejantanan tu bang jat

rosedemon Publish time 25-11-2022 11:16 AM

sjat cpt mintak maaf kat mak ko. xcium sorga nnt
Pages: [1]
View full version: Sajat berang Dituduh Ada Di Malaysia Gara-Gara Pelekat Peti Sejuk


ADVERTISEMENT