sfhzuraz Publish time 24-11-2022 04:38 PM

'Pelantikan Anwar lembaran baharu dalam sejarah' - Kon Yeow

'Pelantikan Anwar lembaran baharu dalam sejarah' - Kon Yeow

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - November 24, 2022 @ 4:13pm   bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kon_1669277595.jpg
Kon Yeow pada sidang media selepas sidang DUN Pulau Pinang, hari ini. NSTP/MIKAIL ONG



GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 membuka lembaran baharu dalam sejarah negara.
Beliau berkata, selepas lima hari penantian, khabar itu amat melegakan dan percaya ia disambut baik kebanyakan rakyat di negara ini yang mahu melihat sebuah kerajaan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"PRU15 yang mengeluarkan keputusan Parlimen tergantung memerlukan kebijaksanaan semua pihak bagi mencapai keputusan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang masih menunggu pembentukannya.
"Saya percaya Anwar akan ada rancangannya untuk memantapkan sebuah pentadbiran dan menggemblengkan semua rakyat kerana ini tujuan PRU bagi membuka satu bab sejarah baharu supaya Malaysia dapat melangkau jauh ke hadapan.
"Ini satu hala tuju daripada apa yang berlaku dalam PRU15 dan ini tujuan PRU (diadakan)," katanya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Kon Yeow berkata, bagi pihak kerajaan negeri beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun itu dan menyatakan kesediaan bekerjasama sebagai satu pasukan.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), sebagai Perdana Menteri ke-10.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, pelantikan itu dibuat Al-Sultan Abdullah selepas memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu.

sumber




Pages: [1]
View full version: 'Pelantikan Anwar lembaran baharu dalam sejarah' - Kon Yeow


ADVERTISEMENT