EJALTI Publish time 24-11-2022 04:16 PM

Edisi Rajalawak Mega besar punyer: 'Jangan derhaka sikit pun walau tak suka' - Zahid

'Jangan derhaka sikit pun walau tak suka' - Zahid

https://www.bharian.com.my/berit ... alau-tak-suka-zahid

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Irwan Shafrizan Ismail - November 24, 2022 @ 4:09pm
bhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/zahidbn1_1669277336.jpg
residen UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi keluar selepas bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di pintu 2 Istana Negara, semalam. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta untuk tidak menderhaka walaupun tidak suka atau kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua pihak perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong yang tanpa lelah memberi sokongan dan dokongan padu kepadanya.

"Terima kasih atas sokongan padu penyokong yang menzahirkan dokongan mereka sebentar tadi. Kekal tenang dan mari kita bina kembali Malaysia demi kebaikan semua agama dan bangsa, demi anak cucu keturunan kita.

"Kita menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk Kerajaan Perpaduan. Jangan derhaka sedikit pun walau tidak suka dan kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Tuanku," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Puluhan ahli Kelab Penyokong Presiden UMNO, bersolidariti di hadapan di pintu masuk Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Ahmad Zahid.

Pengerusi Kelab Penyokong Presiden UMNO, Datuk Dr Ramalan Yunus berkata, UMNO secara majoritinya menyokong sepenuhnya titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Kekalahan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 menyaksikan beberapa pihak termasuk pemimpin parti komponen BN mendesak supaya Ahmad Zahid bertanggungjawab dengan meletak jawatan.

Kemelut politik yang berlanjutan beberapa hari selepas berakhir PRU15 menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 (PM10).

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

pinggan Publish time 24-11-2022 04:18 PM

Yeah yelah derhaka jangan. Membohong takpe. Kan wak kan.

msdummy.2018 Publish time 24-11-2022 04:18 PM

Jd diaorg remain membangkang kan?

F685 Publish time 24-11-2022 04:19 PM

Ooo ada Kelab Penyokong Presiden UMNO :lol:

kaseh80 Publish time 24-11-2022 04:25 PM

Baiknya Wak tinggi budi bahasa
:I

creep_bite Publish time 24-11-2022 04:28 PM

Wak Jahit berjaya membodohkan semua ahli UMNO. Semoga Wak ditimpa laknat.

Solokkk Publish time 24-11-2022 06:55 PM

Sudah la ko zahid jawa :I

awanearisu Publish time 24-11-2022 08:46 PM

Derhaka :laugh3:

felinecat Publish time 24-11-2022 09:09 PM

Siapa sokong kau??? Kau dgn anak kau sama, xtahu malu

allshares Publish time 24-11-2022 10:50 PM

Sokongan padu ape? Sikit lagi nk tersungkur dgn majority 348 jah.

sharlenetexas Publish time 24-11-2022 10:52 PM

Bebal tapi jambu air :lol:


sharlenetexas Publish time 24-11-2022 10:53 PM

F685 replied at 24-11-2022 04:19 PM
Ooo ada Kelab Penyokong Presiden UMNO

Kaklong ke penaung?




ultra78 Publish time 24-11-2022 10:55 PM

Menderhaka kepada sultan jangan sekali...:lol:

SonicSiLandak Publish time 24-11-2022 10:58 PM

tak yang korang komplen2 ni nape?? korang bukan ahli parlimen pun.. lebih suduh dari mulut ni nape?
Pages: [1]
View full version: Edisi Rajalawak Mega besar punyer: 'Jangan derhaka sikit pun walau tak suka' - Zahid


ADVERTISEMENT