EJALTI Publish time 24-11-2022 03:44 PM

Kelantan perlu RM7 bilion pulihkan masalah air

Kelantan perlu RM7 bilion pulihkan masalah air

https://www.bharian.com.my/berit ... ulihkan-masalah-air

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - November 24, 2022 @ 3:38pm
nfazlina@nstp.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/amarair24nov_1669275488.jpg
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memerlukan RM7 bilion bagi menyelesaikan keseluruhan masalah air dihadapi negeri itu sejak puluhan tahun lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata masalah utama yang dihadapi Kelantan untuk menyelesaikan masalah berkenaan adalah isu kewangan.

Katanya, pada asalnya kos untuk masalah itu sebanyak RM2 bilion namun kini sudah meningkat kepada RM7 bililon.

"Dalam tempoh 30 tahun, banyak usaha yang dilakukan kerajaan negeri namun kekangan utama yang dialami adalah membabitkan soal kewangan.

"Menerusi projek migrasi air pada 2016, Kelantan sepatutnya menerima peruntukan RM2 bilion daripada Kerajaan Pusat, namun sayang peruntukan berkenaan tidak turun disebabkan isu teknikal dan politik.

"Justeru pada tahun ini, kos untuk pulihkan bekalan air meningkat kepada RM7 bilion dan kita sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga).

Terdahulu, Mohd Adhan memaklumkan Kelantan masih dianggap gagal dalam menyelesaikan masalah air kepada rakyat negeri itu apabila sehingga kini tidak mampu menyelesaikannya dan apa usaha yang dilakukan sehingga kini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor berkata, sekalipun kerajaan negeri mempunyai sejumlah wang berkenaan, mereka memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah itu.

"Bagaimanapun kita tidak menganggap isu ini sebagai kegagalan kerajaan negeri sebaliknya ia adalah masalah yang perlu kita hadapi.

"Kita sentiasa berusaha dan bersikap terbuka kerana masalah air sepatutnya sudah lama selesai sekiranya peruntukan diberikan kepada Kelantan," katanya.

EJALTI Publish time 24-11-2022 03:44 PM

Cuba try test uji mintak kat PM baru kita...:lol:

MatDeghem Publish time 24-11-2022 03:48 PM

Biar lah....owang Kelantan pun Tak kesah. Mereka tetap bahagia....

Mana jutawan2 kelantey. Tok vida. Neelopa. Tarak masaalah....billion2 duit kepok2

Limao Publish time 24-11-2022 03:52 PM

PAS memerintah since 1990 kot.
Dah sama ngan tahun aku lahir.
Takkan RM7 bilion takleh simpan?

Kitty_catz Publish time 24-11-2022 04:00 PM

bukan puak2 demo suko mande telanje air teh air kupi?

kalo tok sirrr , sure tak pangkah lobai lagi ;P

so tapayah lah mintak budget

juboqhang Publish time 24-11-2022 06:01 PM

Dah berbunyik dahhhhh. Tiberrr petik 7 billion…

:lol:

ultra78 Publish time 24-11-2022 06:02 PM

Yang mengundi Pas dah balik Shah Alam. :lol:

caprut Publish time 24-11-2022 06:08 PM

Kitty_catz replied at 24-11-2022 04:00 PM
bukan puak2 demo suko mande telanje air teh air kupi?

kalo tok sirrr , sure tak pangkah lobai lagi...

Tula. X payah baiki. Dorang ckp org kelantan kaya2 tu tk kisah spend duit buat telaga

Kitty_catz Publish time 24-11-2022 06:13 PM

caprut replied at 24-11-2022 06:08 PM
Tula. X payah baiki. Dorang ckp org kelantan kaya2 tu tk kisah spend duit buat telaga

kan kecoh pulak lobai2 ni
buat la cemaner pun, dgn takde peluang pekerjaan, air mcm air teh kupi

ujung2 lobang idong lobai tetap menjadi poojaaan hati set2 mandi telanjeeeee ;P

SonicSiLandak Publish time 27-11-2022 11:00 PM

500 bilion itu hari mudin bawak pergi mana?

{:1_563:}

SonicSiLandak Publish time 27-11-2022 11:01 PM

EJALTI replied at 24-11-2022 03:44 PM
Cuba try test uji mintak kat PM baru kita...

jijik nya la "PM baru kittewwwwwwww"

eeeeeeeeeeeeee

:mad::laugh3:

tumpanglalu74 Publish time 27-11-2022 11:42 PM

Tunan Publish time 28-11-2022 09:22 PM

Beli bendera byk2 boleh
Baiki air tak boleh
Suruh yg sponsor bendera tu sponsor enjin air sekali

bakingsoda Publish time 3-12-2022 10:28 PM

habis la nik nazmi sskjp mimpi ngeri tiap malam lobai bisik 7 bilion manaaa ;P
Pages: [1]
View full version: Kelantan perlu RM7 bilion pulihkan masalah air


ADVERTISEMENT