mattzzx Publish time 24-11-2022 03:21 PM

Lelaki didakwa lempar batu pada bas pasukan Selangor

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lemparr24hm_1669271774.jpg
TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan cuba melakukan khianat dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba melakukan khianat dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor.

Tertuduh, Mohamad Haadi Wahab, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba melakukan perbuatan khianat ke atas harta benda dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor FC membabitkan kerugian kira-kira RM15,000.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak jam 12.05 malam pada 22 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 511 KK kerana cuba melakukan khianat.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 26 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan berlaku kekecohan di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Nerus selepas berakhir perlawanan membabitkan TFC dengan Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, terdapat segelintir penyokong TFC bertindak membaling batu ke atas bas yang membawa pemain dan pegawai skuad Gergasi Merah.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907793/lelaki-didakwa-lempar-batu-pada-bas-pasukan-selangor
Pages: [1]
View full version: Lelaki didakwa lempar batu pada bas pasukan Selangor


ADVERTISEMENT