mattzzx Publish time 24-11-2022 03:18 PM

Penganggur dituduh di mahkamah miliki revolver, 50 butir peluru

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pengakj1_1669271963.jpg
WAN Khairul Hazrimie didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol, 50 butir peluru dan satu kelongsong peluru tanpa lesen atau permit sah, 14 November lalu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk revolver, 50 butir peluru dan satu kelongsong peluru tanpa lesen atau permit sah, 14 November lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Wan Khairul Hazrimie Wan Azuan, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Afiq Zuber.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sepucuk revolver, 50 butir peluru dan satu kelongsong tanpa lesen atau permit yang sah mengikut Seksyen 4 Akta Senjata 1960.


Perbuatan itu dilakukan di sebuah bilik di Kampung Kubang Tuman, Jalan Pengkalan Chepa di sini, jam 1 tengah hari, pada 14 November 2022.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Siti Edabayu Subahan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Edabayu dalam pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin kerana tertuduh memiliki senjata berbahaya tanpa lesen.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 17 Januari depan untuk serahan dokumen.

Pada prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen, Wan Khairul Hazrimie bersama isterinya, Chee Siok Chin, 30, didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya disyaki jenis Methamphetamine dengan berat 35.89 gram pada masa dan lokasi yang sama.

Mereka bagaimanapun mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut Seksyen 39A(2) ADB 1952 memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907807/penganggur-dituduh-di-mahkamah-miliki-revolver-50-butir-peluru
Pages: [1]
View full version: Penganggur dituduh di mahkamah miliki revolver, 50 butir peluru


ADVERTISEMENT