CARI-MRO Publish time 24-11-2022 01:15 PM

"Saya Bukan Adik Anwar Ibrahim," Ramai Meluat Fikry Ibrahim Buat Lawak Politik

Dalam keadaan politik negara yang masih berteka-teki tentang pemilihan Perdana Menteri (PM) ke-10, pelakon Fikry Ibrahim membuat jenaka bahawa dia tidak ada pertalian darah dengan presiden Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim.


Pemilik nama lengkap Ahmad Fikri Ahmad Ibrahim, 28, itu berkata demikian dalam sebuah entri Instagram miliknya memaklumkan dia bukan adik kepada Anwar yang juga merupakan wakil Parlimen Tambun.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/24/131449qi02n76x0x6ikkns.pngFoto: IG




“Saya sebagai presiden parti menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan bahawa saya Fikry Ibrahim adik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” selorohnya.


Melalui kenyataan tersebut, Fikry turut menubuhkan partinya sendiri dengan nama ‘Gerakan Tak Gerak Tak Makan’ sebagai bahan lawak buat semua peminatnya yang serius menanti keputusan PM ke-10.




https://www.instagram.com/p/ClTngEXhpLN/?hl=en


Hantaran tersebut mencuit hati para peminat termasuk rakan-rakan selebriti yang lain.


Selebriti Rozita Che Wan, Bella Dowanna, Anas Ridzuan dan Kodi Rasheed turut terhibur dan meninggalkan komen emoji tertawa disertakan dengan gelak besar.


Pun begitu, sebaliknya ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon Jesnita itu yang dianggap mempermainkan isu politik.




https://www.instagram.com/p/ClQoLKNhCA0/?hl=en


“Cukup-cukup Fikry mempermainkan ahli politik dan institusi diraja.


“Tindakan melawak atau ingin menarik perhatian pun agak-agak lah. Sikit-sikit okey lah tapi kalau sudah keterlaluan jadi melebih,” demikian komen pedas yang ditinggalkan oleh netizen.




https://www.instagram.com/p/ClQcBjgjx3R/?hl=en


Sebelum ini pada hari pengundian 19 November lalu, Fikry mencuri perhatian selepas memakai baju tertera tulisan berbunyi: “Haram syurga untuk pemimpian yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya.”


Ramai netizen berminat dengan baju dipakai pelawak asal Kedah itu ketika membuang undi di Parlimen Kubang Pasu P006 dan mahu membuat tempahan secara pukal. -CARI


Sumber: Kosmo

belacan_gurl Publish time 24-11-2022 01:46 PM

Ko muka bangla pikri oiii...tgk dari tingkat 5 pun dah tau

pembacagosip Publish time 24-11-2022 02:12 PM

yaaa lately asyik post pasal politik je
ada je yg lawak
tapi bila dah kerap sgt org meluat kut
sudah2 la fikri. cukup2 la
baik2 ang wangi kan terkepam plak

cikatilia Publish time 24-11-2022 02:45 PM

tak lawak

prince_marhaen Publish time 24-11-2022 04:54 PM

so lame & boring....macam too much pulak...drpd start kempen PRU.. beriya siap buat poster bagai.... kekonon lawak...tapi hujung-hujung macam annoying gila... terus nampak jenis jantan annoying kekonon nak sindir-sindir semua politician, tapi nampak kau yang paling annoying...

bulalof Publish time 25-11-2022 07:43 AM

nak kekal nampak cam ada koje pdhal takde koje esok lusa melingkup xde koje.

supernaturalee Publish time 25-11-2022 10:25 AM

bkn ade ke parti gerakan bwh bn



but who cares ape yg kau post
unless berterbang-terbangan...yihhhhhhhhhh


lasagna Publish time 25-11-2022 10:38 AM

gigih tayang signature tu, kang org scam guna tanda tangan baru tau.

mamajawie Publish time 25-11-2022 10:41 AM

supernaturalee replied at 25-11-2022 10:25 AM
bkn ade ke parti gerakan bwh bn




gerakan tu kan alliance bawah PN..apo la si FI ni jenis x study dulu nama parti main hentam saja..

supernaturalee Publish time 25-11-2022 10:52 AM

mamajawie replied at 25-11-2022 10:41 AM
gerakan tu kan alliance bawah PN..apo la si FI ni jenis x study dulu nama parti main hentam saja.. ...

owh dh x cemolot dgn bn ea
ok2...


mamajawie Publish time 25-11-2022 10:54 AM

supernaturalee replied at 25-11-2022 10:52 AM
owh dh x cemolot dgn bn ea
ok2...

da lama da x cemolot sejak ada perikatan ni..

rosedemon Publish time 25-11-2022 11:14 AM

jelikkk dah la xensem

epullipan Publish time 25-11-2022 02:39 PM

hambar dik..cuba lagi next time ye..napa ko tak cakap ko adik sheery ibrahim ke khatijah ibrahim ke

NonaNaga Publish time 25-11-2022 02:49 PM

hambar mcm karier ko...

noorhairiahma Publish time 25-11-2022 02:56 PM

biarlah dia nak melawak untuk sesiapa yang mudah terhibur. asik layan orang politik yang cakap2 pusing2, bosan jugak.

lasagnaklcc Publish time 25-11-2022 03:01 PM

Anggap je dia rakyat biasa yg suka troll. Mmg ramai yg menjengkelkan sbnrnya.

babycc Publish time 25-11-2022 03:31 PM

Lagi sorang laki si yana tu.. pon acah2 kelakar.. pdhal meluat org tgk..

CiliPadiSedap Publish time 25-11-2022 04:33 PM

:lol: ramai sangat mencapap.

menang sebab unity gov. silap2 sheraton 2.0.. lepas ni bajet bagilah besar sikit. shang ri la 2.0 ke? hilton ke?

doubleharmonic Publish time 25-11-2022 07:18 PM

dah tu ko adik sapa? adik babi?

Mary_jane Publish time 26-11-2022 01:35 PM

Terhibur. :laugh3::laugh3:
Pages: [1] 2
View full version: "Saya Bukan Adik Anwar Ibrahim," Ramai Meluat Fikry Ibrahim Buat Lawak Politik


ADVERTISEMENT