mattzzx Publish time 24-11-2022 12:52 PM

Ladang Musang King 510 hektar dibuka di Gua Musang

https://assets.bharian.com.my/images/articles/musang_1669259957.jpg
Gambar hiasan

KOTA BHARU: Tanah seluas 510 hektar dibuka di Gua Musang untuk penanaman durian Musang King, sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, berkata ia membabitkan beberapa kawasan di daerah berkenaan termasuk Bertam, Chiku dan Renok.

Katanya, durian Musang King itu diusahakan usahawan tempatan berskala besar dan sederhana.

"Penanaman durian seluas 250 hektar oleh syarikat Sindiyan dan 120 hektar oleh Syarikat M7 selain usahawan lain," katanya menjawab soalan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pembukaan ladang ini memberi ruang dan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar khususnya dalam pengurusan ladang, pembersihan ladang, pembahagian dan tuaian hasil durian.

"Manfaat yang diterima penduduk sekitar ialah peluang pekerjaan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/11/1030739/ladang-musang-king-510-hektar-dibuka-di-gua-musang
Pages: [1]
View full version: Ladang Musang King 510 hektar dibuka di Gua Musang


ADVERTISEMENT