mattzzx Publish time 24-11-2022 12:29 PM

Pemain Arab Saudi dapat Rolls Royce?

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sau_1669260857.jpg
PEMAIN Arab Saudi meraikan kemenangan ke atas Argentina.

Doha: Pemain Arab Saudi dilaporkan menerima kereta mewah Rolls Royce setiap seorang selepas mengejutkan dunia dengan kemenangan sensasi 2-1 ke atas Argentina Selasa lalu.

Skuad Green Falcon yang ketinggalan menerusi penalti Lionel Messi bangkit mencipta kemenangan bersejarah di Piala Dunia dan kini menduduki tangga teratas Kumpulan C dengan tiga mata.

Arab Saudi juga muncul pasukan pertama Asia menewaskan Argentina dengan dua gol, menang perlawanan pertama Piala Dunia dan menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah La Albiceleste sekali gus mendapat penghormatan daripada kerajaan Arab Saudi.

Selepas mengumumkan cuti umum seluruh negara semalam, Putera Mohammed bin Salman Al Saud dilaporkan memberikan kereta mewah Rolls Royce Phantom kepada setiap pemain susulan kemenangan sensasi ke atas Argentina.


Hadiah kereta Rolls Royce bukan perkara baharu kepada pemain Arab Saudi kerana penyerang negara itu, Saeed Al-Owairan yang menjaringkan gol ala Diego Maradona ketika menentang Belgium pada Piala Dunia 1994 turut mendapat hadiah sama.

Jaringan itu sehingga kini masih dianggap antara yang terhebat dalam sejarah Piala Dunia.

Namun kali ini bukan seorang tetapi semua pemain dihadiahkan kereta itu sehingga mendapat perhatian di media sosial.

Ahli perniagaan India, Suhel Seth dalam ciapannya di Twitter berkata, pemain Arab Saudi mendapat Rolls Royce daripada Putera Mohammed manakala Awab Alvi, aktivis media sosial terkenal dan doktor diri mendakwa semua pemain Arab Saudi mendapat kereta mewah terbabit.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan mengenai hadiah terbabit.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2022/11/907712/pemain-arab-saudi-dapat-rolls-royce

HabukBesi Publish time 24-11-2022 12:52 PM

tuah badan :lol: :lol: tapi nak maintainence kereta tu pon ribu riban ;P
Pages: [1]
View full version: Pemain Arab Saudi dapat Rolls Royce?


ADVERTISEMENT