Vellfire Publish time 24-11-2022 12:27 AM

Kuching bandar mesra kanak-kanak

https://j5x6u8n2.rocketcdn.me/wp-content/uploads/2022/11/20221120_145328-1-768x444.jpg

KUCHING: Kuching menjadi bandar pertama di Sarawak yang menyokong penuh inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak (CFCI) Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).
Ia susulan penganjuran pertandingan reka bentuk poster CFCI sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia melibatkan seramai 108 kanakkanak sekolah rendah Bahagian Kuching.
Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, usaha tersebut bagi memperkenal dan mengiktiraf penyertaan secara aktif kanak-kanak, sekali gus sebagai membina bandar dan komuniti mesra kanak-kanak di seluruh dunia.
“Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat dan mendengar apa-apa impian dan harapan kanak-kanak dalam membina bandar mesra kanak-kanak.
“Penyertaan lebih 100 kanak-kanak sekolah rendah amat dihargai dan membuktikan usaha mereka untuk turut serta dalam pertandingan ini.
“Menerusi pertandingan ini, kita akan mendapat peluang untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai penglibatan kerja mengubah suai bandar dan komuniti dalam melindungi kanak-kanak dan hak mereka serta menyediakan persekitaran selamat untuk kehidupan berpanjangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada merasmikan Pertandingan Reka Bentuk Poster CFCI di Dewan MBKS, di sini, kelmarin.
Menurut Hong Seng, MBKS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Unicef di Malaysia mengenai CFCI berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak pada 27 Oktober lalu.
Majlis diteruskan dengan penyerahan hadiah kepada pemenang dimulai dengan 25 kanak-kanak yang menerima hadiah selaku pemenang sagu hati dengan menerima wang tunai RM30, trofi, dan sijil.
Juara menjadi milik wakil Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Stampin, Low Ei Tong yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250, trofi dan juga sijil diikuti wakil Sekolah St Joseph’s Jarrel Chong Yan Shen dengan membawa balik hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta sijil dan trofi.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh SJK C Chung Hua Nombor 3, Owen Sim Jia Chun yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150, trofi dan sijil.

https://sarawakvoice.com/2022/11/22/kuching-bandar-mesra-kanak-kanak/
Pages: [1]
View full version: Kuching bandar mesra kanak-kanak


ADVERTISEMENT