Vellfire Publish time 24-11-2022 12:26 AM

Sarawak bina pusat sains

https://j5x6u8n2.rocketcdn.me/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-22-at-18.29.56.jpeg

KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta inovasi dalam memacu pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
Justeru Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk memulakan kerja-kerja pembinaan pusat sains pada tahun 2023.
“Ini adalah untuk meningkatkan literasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar, belia dan masyarakat,” katanya ketika membentangkan Rang UndangUndang Belanjawan Sarawak 2023 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak Ke-19 di sini, kelmarin.
Dalam menggalakkan R&D dan pengkomersilan produk berasaskan bio pula, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan menyediakan sejumlah RM2 juta untuk penubuhan Taman Industri Bio Sarawak pada tahun 2023.
Projek ini katanya akan mewujudkan ekosistem untuk inovasi dan komersial yang mana akan membolehkan Sarawak memanfaatkan kekayaan bioteknologi global dan memanfaatkan kekayaan biodiversiti.
Dalam memerangi wabak Rabies di Sarawak, pula, Abang Johari memberitahu Kerajaan Sarawak akan menubuhkan pusat penyakit berjangkit Sarawak yang akan memacu pembangunan industri bioperubatan dan bioteknologi dan memacu pembangunan modal insan dalam sains bioperubatan.
“Sejumlah RM191 juta telah komited untuk keseluruhan projek itu, yang mana RM20 juta dijangka dibelanjakan pada 2023.
“Selain itu, kami akan memperuntukkan sejumlah RM8 juta kepada Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak untuk menyokong aktiviti R&D dan inovasinya dalam 2023,”jelasnya lagi.
Tambah beliau lagi, sebanyak RM21 juta turut diperuntukkan pada tahun 2023 untuk Pusat Biodiversiti Sarawak dalam mempromosikan R&D dalam biodiversiti.

https://sarawakvoice.com/2022/11/23/sarawak-bina-pusat-sains/
Pages: [1]
View full version: Sarawak bina pusat sains


ADVERTISEMENT