Vellfire Publish time 24-11-2022 12:20 AM

Pengguna media sosial diingat tidak bangkitkan sentimen kebencian, provokasi

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20221122/4bbedbbd-7059-431d-93ca-d0f696235b72.jpeg

Utusan Borneo
KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial diingatkan untuk berhemah serta elakkan memberi pandangan yang berbaur kebencian membabitkan kaum dan agama.
Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata semua pihak harus menghormati keputusan pilihan raya dan pemilihan Perdana Menteri yang akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan hati terbuka.
“Sehubungan itu SKMM akan membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).
“Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
“Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya tindakan penguatkuasaan bersama PDRM akan diambil terhadap pihak yang terlibat berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.
“Laporkan insiden atau kandungan yang bersifat hasutan, provokasi ataupun penghinaan kepada SKMM melalui portal Aduan SKMM di pautan https://aduan.skmm.gov.my/.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2022/11/22/pengguna-media-sosial-diingat-tidak-bangkitkan-sentimen-kebencian-provokasi
Pages: [1]
View full version: Pengguna media sosial diingat tidak bangkitkan sentimen kebencian, provokasi


ADVERTISEMENT