Vellfire Publish time 24-11-2022 12:18 AM

SESB rugi RM16 juta akibat aktiviti Bitcoin haram

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20221123/twu-ub231122-hs-sesbp1.jpg

TEMU RAMAH: Mohd Yaakob ketika ditemui media dalam majlis tersebut.
TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) merekodkan kerugian sebanyak RM16 juta tahun ini akibat penyambungan elektrik secara haram daripada aktiviti perlombongan mata wang kripto Bitcoin di Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar berkata, jumlah itu direkodkan dalam tempoh 11 bulan iaitu Januari hingga November tahun ini.
Katanya, SESB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan serbuan menerusi Operasi Bersepadu Op Letrik (Bitcoin) keatas 54 premis yang dikenal pasti melakukan sambungan haram untuk aktiviti tersebut.
“Setakat ini, banyak lokasi kegiatan tersebut sudah dikenal pasti di seluruh negeri dan tindakan lanjut kini sedang dalam proses untuk dilaksana.
“Melalui operasi bersepadu itu juga, terdapat seorang pesalah berjaya ditangkap dan didenda di daerah Tuaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan peralatan sokongan operasi SESB kepada Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, di sini hari ini.
Menurutnya, penyambungan elektrik secara haram oleh pelombong Bitcoin di negeri ini sudah dikesan bermula tahun 2018 lagi.
Katanya, ketika ini terdapat 11 pasukan penguatkuasa daripada SESB yang ditugaskan untuk melakukan operasi dan menghapuskan kegiatan ini.
Sementara itu, Mohd Yaakob berkata, kehilangan bukan teknikal akibat penyambungan haram ini berada pada sekitar tujuh peratus iaitu bersamaan kerugian RM140 juta setahun.
“Justeru, wajar supaya kita bertindak tegas dalam membanteras setiap kegiatan penyambungan elektrik secara haram di negeri ini agar kerugian tersebut tidak membebankan SESB.“Saya minta kerjasama orang awam supaya melaporkan sebarang aktiviti penyambungan elektrik secara haram kerana ia bukan sahaja merugikan SESB tetapi turut mengganggu bekalan elektrik kepada pelanggan,” katanya.
Mohd Yaakob berkata SESB sangat menghargai peranan yang dimainkan oleh anggota PDRM terutamanya dalam usaha membanteras aktiviti penyambungan haram di negeri ini.
“Semoga kerjasama ini dapat meningkatkan keupayaan menggempur kegiatan mencuri elektrik terutamanya membabitkan perlombongan Bitcoin yang menyebabkan kerugian besar kepada industri tenaga dan negara,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2022/11/23/sesb-rugi-rm16-juta-akibat-aktiviti-bitcoin-haram

cookie77 Publish time 1-3-2023 11:14 AM

Trade elok2 je kat crypto exchange, jangan lah terlibat dengan aktiviti haram
Pages: [1]
View full version: SESB rugi RM16 juta akibat aktiviti Bitcoin haram


ADVERTISEMENT