Vellfire Publish time 24-11-2022 12:15 AM

Sarang tebuan sebesar tayar kereta di bawah bumbung rumah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20221123/myy-ub231122-ai-saranglelebah-p1.jpeg

Sarang tebuan dianggarkan sebesar tayar kereta dimusnahkan di Pujut Padang Kerbau, malam Selasa.
MIRI: Sarang tebuan dianggarkan sebesar tayar kereta berjaya dimusnahkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah premis di Pujut Padang Kerbau di sini, malam Selasa.
Pegawai APM Miri Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pada mulanya APM menerima panggilan kecemasan mengenai kewujudan sarang itu kira-kira jam 7.57 pagi.
“Sepasukan anggota APM diketuai Sarjan Mejar (PA) Andan Ngidang bergerak ke lokasi itu sekitar jam 7.04 malam bagi menjalankan operasi memusnah sarang serangga.
“Setibanya di lokasi terus berjumpa dengan seorang pengadu berusia 38 tahun dan beliau memberitahu sarang itu berada di bahagian bawah bumbung rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mirwan Shah berkata, anggotanya berjaya memusnahkan sarang itu dengan menggunakan teknik semburan racun serangga dan dibakar.
Sementara itu, di Taman Promin Jaya, Senadin juga pada Selasa, seorang lelaki menjumpai sarang lebah pada dahan pokok longan di halaman rumah selepas melihat serangga berkenaan berterbangan di luar rumah.
Mirwan Shah berkata, sepasukan anggota APM diketuai Lans Koperal (PA) Christina Rabai Jimmy bergerak ke rumah pengadu sekitar jam 7.01 malam.
“Setiba di lokasi terus berjumpa dengan pengadu dan beliau menceritakan dan menunjuk kedudukan sarang tersebut.
“Sarang itu berjaya dimusnahkan dengan menggunakan teknik semburan racun serangga dan dibakar,” ujarnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2022/11/23/sarang-tebuan-sebesar-tayar-kereta-di-bawah-bumbung-rumah
Pages: [1]
View full version: Sarang tebuan sebesar tayar kereta di bawah bumbung rumah


ADVERTISEMENT