Vellfire Publish time 24-11-2022 12:06 AM

Separuh jalan Bulatan Pusat Jantung Samarahan, Bulatan ILP Samarahan ditutup sementara

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20221123/kch-ub231122-hh-jkr-p1.png

Gambar menunjukkan lokasi penurapan semula di Bulatan Pusat Jantung Samarahan yang ditandakan dengan warna kuning.
KUCHING: Separuh jalan di Bulatan Pusat Jantung Samarahan dan Bulatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Samarahan akan ditutup sementara bagi memberi laluan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan (turapan semula) permukaan jalan raya.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penutupan sementara separuh jalan bagi bulatan Pusat Jantung Samarahan akan dilaksanakan pada 24 November hingga 4 Disember 2022.
Sementara bagi Bulatan ILP Samarahan ujarnya, penutupan sementara separuh jalan pada 4 Disember 2022.
“Penutupan sementara adalah mulai jam 9 malam hingga 4 pagi. Pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut semasa tempoh kerja-kerja pembaikan dan hendaklah mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan sehingga tamat kerja-kerja pembaikan,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20221123/kch-ub231122-hh-jkr-p2.png
Lokasi penurapan semula di Bulatan ILP Samarahan.
Menurutnya juga, pihak Pejabat Wilayah Selatan JKR Sarawak akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.
“Pengguna jalan raya turut dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat. Segala kesulitan yang dialami amat dikesali,” ujar kenyataan tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik tersebut, sila berhubung dengan Pejabat JKR Wilayah Selatan melalui talian (082-203 096) pada waktu pejabat.

https://www.utusanborneo.com.my/2022/11/23/separuh-jalan-bulatan-pusat-jantung-samarahan-bulatan-ilp-samarahan-ditutup-sementara
Pages: [1]
View full version: Separuh jalan Bulatan Pusat Jantung Samarahan, Bulatan ILP Samarahan ditutup sementara


ADVERTISEMENT