sfhzuraz Publish time 24-11-2022 12:01 AM

Arak bendera bukan gerakan ekstrimis - Polis

Arak bendera bukan gerakan ekstrimis - Polis

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bendera_1669217907.jpg
TANGKAP layar video yang tular di media sosial. FOTO tular.




Butterworth: Polis mengesahkan video tular memaparkan sekumpulan lelaki yang menunggang kuda sambil membawa bendera parti politik berserta tulisan kaligrafi berunsurkan 'kalimah syahadah' bukan gerakan ekstrimis atau pengganas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata polis mengesan video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di beberapa platform media sosial berhubung kejadian berkenaan sebelum menjalankan siasatan selanjutnya.
Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di Kubang Semang di daerah Seberang Perai Tengah yang mana video berkenaan dipercayai dirakam pada Sabtu lalu.
"Melalui siasatan kita juga mendapati bendera yang dipegang adalah bendera parti politik dan bendera kalimah syahadah yang tiada kaitan dengan gerakan ekstrimis atau pengganas.
"Oleh itu, pihak polis meminta supaya orang ramai menghentikan serta merta spekulasi yang tidak memberi manfaat, malah akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook (FB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, hari ini.
Katanya, kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Kesalahan terbabit juga boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Terdahulu, tular klip video berkenaan dalam aplikasi TikTok dan Twitter yang mendakwa sekumpulan lelaki menunggang kuda bersiap sedia untuk berjihad dengan membawa bendera parti politik dan bendera berwarna putih dipercayai kononnya mempunyai unsur Taliban.
Video propaganda berkenaan bagaimanapun dikecam netizen dengan meminta isu perkauman dan agama tidak disentuh bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Disiarkan pada: November 23, 2022 @ 11:32pm


sumber
Pages: [1]
View full version: Arak bendera bukan gerakan ekstrimis - Polis


ADVERTISEMENT