mattzzx Publish time 23-11-2022 04:40 PM

Cemburu motif bunuh lelaki

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/cemburu_1669191449.jpg
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Seremban: Cemburu dipercayai menjadi motif kejadian seorang lelaki yang ditemui maut dengan kesan luka pada rusuk kanan bersama seorang wanita di sebuah unit pangsapuri dekat Taman Bukit Delima, di sini, malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sehingga kini pihaknya juga tidak menemui sebarang dokumen bagi mengesahkan mangsa dan wanita berkenaan adalah suami isteri.

Malah katanya, setakat ini seramai enam individu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan peniaga buah berkenaan.


"Setakat ini seramai enam saksi yang dirakam percakapan itu termasuk jiran mangsa bagi membantu siasatan kes ini.

"Dipercayai ada unsur cemburu. Sehingga kini tiada dokumen sah yang mengesahkan hubungan (berkahwin) mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai ditikam di selepas dikatakan berlaku pergaduhan dengan seorang wanita.

Mayat lelaki berusia 50-an itu ditemui kira-kira pukul 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah seorang wanita di dalam rumah dalam keadaan panik dan kesedihan.

Nanda dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan adalah isteri kepada mangsa, namun kesahihannya masih belum dipastikan.

Wanita warga Vietnam itu ditahan reman tujuh hari sehingga 28 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907462/cemburu-motif-bunuh-lelaki
Pages: [1]
View full version: Cemburu motif bunuh lelaki


ADVERTISEMENT