mattzzx Publish time 23-11-2022 02:28 PM

Henti sebar kandungan cetus kegusaran awam - Polis Pahang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/phone3a_1669184108.jpg

Kuantan: Polis Pahang menasihatkan orang ramai terutama pengguna media sosial tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran awam atau menggugat ketenteraman awam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kandungan itu sama ada melalui hantaran, pemanjangan apa-apa bentuk teks atau video atau audio yang membabitkan institusi raja, agama dan bangsa.

Katanya, selain itu, perbuatan tidak bertanggungjawab yang membabitkan hasutan, fitnah, penghinaan, perkataan jelek, lucah dan sebagainya.


"Ia dikategorikan sebagai `hate contents' yang boleh mendatangkan kegusaran awam atau menggugat ketenteraman awam.

"Penyebaran sedemikian adalah menjadi kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Akta Hasutan 1948, Seksyen 500/504/505 Kanun Keseksaan.

"Jika siasatan mendapati ada kesalahan, pesalah akan dituduh di mahkamah dan mungkin akan menerima hukuman setimpal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Ramli berkata, polis mengingatkan supaya semua pengguna media sosial supaya lebih bertanggungjawab serta memikirkan risiko dan implikasi sebelum memberi pendapat yang berbaur kesalahan jenayah.

Katanya, pihaknya sentiasa bersiap sedia memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin dalam tempoh pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Semua elemen keselamatan digerakkan bagi memenuhi tujuan itu dan tindakan tegas diambil untuk menangani tindakan mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam keselamatan negara," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907391/henti-sebar-kandungan-cetus-kegusaran-awam-polis-pahang
Pages: [1]
View full version: Henti sebar kandungan cetus kegusaran awam - Polis Pahang


ADVERTISEMENT