mattzzx Publish time 23-11-2022 02:26 PM

Rogol kanak-kanak, lelaki ditahan

Machang: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah rumah di sini, 17 November lalu.

Suspek berusia 23 tahun ditahan oleh sepasukan polis dari Cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, kira-kira 7 malam Isnin lalu, selepas menerima laporan pada 6.40 pagi hari yang sama.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd Zahir Abdullah berkata, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku selepas suspek yang juga teman lelaki mangsa mengambil mangsa di rumahnya dan dibawa ke rumah suspek kira-kira 12.30 tengah malam pada 17 November lalu.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki satu rekod pada 2012 yang mana suspek dihukum mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.

"Suspek yang berasal dari Machang direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 28 November untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap suspek bagi melengkapkan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907395/rogol-kanak-kanak-lelaki-ditahan
Pages: [1]
View full version: Rogol kanak-kanak, lelaki ditahan


ADVERTISEMENT