mattzzx Publish time 23-11-2022 02:20 PM

Brazil simpan rahsia bertemu Serbia

https://assets.bharian.com.my/images/articles/QATAR_SOCCERvv_1669178987.jpg
Neymar bergurau dengan Eder Militao ketika sesi latihan Brazil di Doha menjelang pertemuan dengan Serbia. - EPA

DOHA: Brazil terus berdiam diri di sebalik tumpuan sebagai pasukan pilihan ketika mereka bersedia berdepan Serbia dalam pertembungan pembukaan Kumpulan G Piala Dunia awal pagi Jumaat ini.

Tekanan dihadapi Brazil yang menyasarkan rekod enam gelaran bersama skuad dipenuhi pemain berbakat namun masih muda dengan 16 daripada mereka beraksi kali pertama di Piala Dunia.

Generasi pemain muda berbakat antaranya Vinicius Jr, Rodrygo, Raphinha, Eder Militao, Bruno Guimaraes dan Antony sudah muncul di pentas bola sepak elit Eropah.

Menggabungkan pemain muda dengan Neymar yang berada dalam prestasi terbaik menjadikan Brazil antara terkuat, menang 37 daripada 50 perlawanan sejak tewas suku akhir Piala Dunia 2018 di tangan Belgium di Russia.

Dalam tempoh berkenaan, Brazil tewas satu perlawanan rasmi, 1-0 di tangan pencabar utama, Argentina pada final Copa America.

Mereka melepaskan 19 gol dalam kitaran Piala Dunia itu, menamatkan 33 daripada 50 perlawanan tanpa bolos.

Latar belakang Tite sebagai jurulatih menekankan aspek pertahanan, bermakna ada banyak spekulasi mengenai pemilihan pasukannya untuk menentang Serbia, dengan persoalan terbesar menyelubungi Vinicius Jr.

Penyerang berusia 22 tahun itu menjaringkan gol kemenangan Real Madrid pada final Liga Juara-Juara menentang Liverpool dan kelapan senarai Ballon d'Or bulan lalu, menaikkannya ke tahap dunia selepas lima musim bersama skuad La Liga itu.

Bagaimanapun, tempatnya masih belum pasti dengan Tite tidak mendedahkan sama ada dia akan menggandingkan Fred dengan rakan sepasukan Manchester United, Casemiro bagi memperkuatkan bahagian tengah atau melepaskan Vinicius di depan bersama Neymar, Richarlison dan Raphinha.

Pemain sendiri tidak tahu siapa yang akan bermain sejak awal menentang Serbia, yang layak secara automatik ke Qatar selepas kebangkitan 2-1 mengatasi Portugal dalam kelayakan terakhir Kumpulan A.

Secara keseluruhan, Serbia menang enam aksi dan seri dua kali yang seterusnya menghantar Portugal ke playoffs.

Mereka tiba di Piala Dunia dengan semangat tinggi selepas menamatkan kumpulan Liga Negara-Negara di kedudukan teratas yang membolehkan mereka naik taraf ke liga utama menerusi kemenangan 2-0 mengatasi Norway hasil jaringan Dusan Vlahovic dan Aleksandar Mitrovic.

Serbia tidak pernah melepasi peringkat kumpulan di Piala Dunia sejak berpisah daripada Yugoslavia namun mahu mendapatkan rentak dalam Kumpulan G yang mencabar yang turut disertai Switzerland dan Cameroon. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/11/1030267/brazil-simpan-rahsia-bertemu-serbia

HabukBesi Publish time 24-11-2022 12:53 PM

tak dpt nak tengok aksi firmino :lol:
Pages: [1]
View full version: Brazil simpan rahsia bertemu Serbia


ADVERTISEMENT