mattzzx Publish time 23-11-2022 01:51 PM

Minyak masak bersubsidi bernilai RM17,850 dirampas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm228minyakk_1669178252.jpg
MINYAK masak berat 7,140 kilogram bernilai RM17,850 yang berjaya dirampas. FOTO ihsan KPDNHEP

Bachok: Sebanyak 7,140 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM17,850 dirampas dalam serbuan di sebuah premis tanpa nombor di Kampung Beris Kubor Besar, di sini, semalam.

Serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan bersama polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok dan Pasukan Polis Marin Wilayah Pengkalan Kubor, Tumpat menerusi Ops Membanteras Ketirisan Barangan Kawalan.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Azman Ismail berkata, pasukannya menerima maklumat risikan beberapa kenderaan mencurigakan berkumpul di premis itu jam 4.40 petang.


Katanya, bertindak atas maklumat, pihaknya membuat pemerhatian dan mendapati beberapa individu sedang memunggah kotak dipercayai minyak masak ke dalam beberapa kereta.

"Pasukan bertindak menyerbu premis namun sebuah kenderaan bertindak memecut laju keluar dan sekumpulan lelaki bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

"Dalam serbuan itu, kita menemui minyak masak yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, pihaknya menyita minyak masak bersubsidi itu dan lima kenderaan dengan nombor pendaftaran tempatan dengan anggaran rampasan RM97,450,00.

Katanya, siasatan lanjut dibuat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Pengguna boleh salurkan sebarang aduan jika mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan.

"Kita juga akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi bagi aktiviti menyalahi undang-undang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907336/minyak-masak-bersubsidi-bernilai-rm17850-dirampas
Pages: [1]
View full version: Minyak masak bersubsidi bernilai RM17,850 dirampas


ADVERTISEMENT