mattzzx Publish time 23-11-2022 01:50 PM

Ayam sembelih jadi pilihan Miko

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1123rsulor_1669176366.jpg
Kamarul Aiman (kiri) bersama neneknya Halimah memegang Miko seberat 100 kg di RKT Kesedar Jeram Tekoh, di sini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Seekor ular sawa batik seberat 100 kilogram (kg) berselera besar apabila menghabiskan lebih enam kg ayam setiap dua minggu.

Uniknya, reptilia terbabit yang mesra dipanggil 'Miko' hanya akan makan ayam yang sudah disembelih.

Menurut penjaganya, Kamarul Aiman Kamarudin, 25, dia memelihara reptilia itu sejak kecil dan usia Miko kini sudah mencecah sembilan tahun.


Katanya, dia menjaga Miko bersama neneknya, Halimah Abdullah, 67, selain turut menerima bantuan ahli keluarga lain.

"Tidak susah menjaga Miko kerana hanya perlu diberi makan antara tiga hingga empat ekor ayam dalam masa dua minggu sekali dan reptilia itu hanya makan ayam yang disembelih.

"Saya hanya membersihkan Miko ketika ia kotor dan menjaga kebersihan tempat tinggalnya. Adakalanya kami juga membawanya ke rumah ketika sarangnya dibersihkan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh, di sini.

Menurutnya, dia akan memperbaharui lesen untuk menjaga Miko setiap tahun sejak memelihara reptilia itu dan di ekor Miko turut dipasang cip bagi mengesan kedudukannya.

Sementara itu, Halimah berkata, keluarga mereka sangat sayangkan Miko kerana sudah membelanya sejak kecil lagi.

"Sembilan tahun lalu, anak lelaki saya membeli Miko dan membawa pulang ke rumah. Dari kecil kami menjaganya dan sentiasa bersama keluarga.

"Setakat ini Miko sangat manja dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah. Malah, turut menjadi tarikan kepada pengunjung yang datang terutama pada hari perayaan.

"Setakat ini kami tidak bercadang untuk membela haiwan reptilia lain selain daripada Miko," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907314/ayam-sembelih-jadi-pilihan-miko
Pages: [1]
View full version: Ayam sembelih jadi pilihan Miko


ADVERTISEMENT