mattzzx Publish time 23-11-2022 01:46 PM

Laku amang seksual, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mangg23hm_1669181416.jpg
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara dan sebat terhadap Taher. FOTO GHAZALI KORI



Kuala Terengganu: Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak kenalannya.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Taher Md Abu, 55, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia lima tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebuah rumah di daerah ini jam 7 malam pada 24 Disember 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 28 Disember 2019.

Pendakwaan dikendalikanTimbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala diwakili tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907370/laku-amang-seksual-buruh-binaan-dipenjara-5-tahun-2-sebat
Pages: [1]
View full version: Laku amang seksual, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebat


ADVERTISEMENT