mattzzx Publish time 23-11-2022 01:45 PM

Tahap Sungai Triang, Serting masih lepasi paras amaran

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm228teriang_1669175047.jpg
Sungai Teriang.

Kuantan: Paras air dua sungai di Bera iaitu Sungai Triang dan Sungai Serting masih melepasi paras amaran setakat jam 10 pagi, hari ini.

Maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras air Sungai Triang di Triang merekodkan bacaan 33.97 meter (m) berbanding 33.80m.

Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang pula merekodkan bacaan 30.67m berbanding paras amaran ialah 30.50m.


Tiga lagi sungai iaitu Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Semantan di Kampung Lengkong, Bentong pula melepasi paras waspada.

Sementara itu, info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang dibuka.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/907304/tahap-sungai-triang-serting-masih-lepasi-paras-amaran
Pages: [1]
View full version: Tahap Sungai Triang, Serting masih lepasi paras amaran


ADVERTISEMENT