mattzzx Publish time 23-11-2022 01:42 PM

Janji Alonso julang Aston Martin

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lo_1669176159.jpg
ALONSO sertai Aston Martin musim depan.

London: Pelumba Formula Satu (F1) Fernando Alonso berkata, dia sedia menghasilkan sesuatu yang istimewa apabila menyertai Aston Martin musim depan.

Alonso yang menamatkan perlumbaan terakhir bersama Alpine pada Ahad lalu berharap statusnya sebagai pelumba F1 paling berpengalaman dapat membantu pasukan baharunya mencapai keputusan lebih baik.

Alonso berkata: "Saya percaya saya mampu mencipta perbezaan ketika detik penting perlumbaan atau pengalaman.

"Kami semua memiliki bakat hebat memandu lebih laju tetapi ia lebih kepada strategi dan bagaimana anda mengawal beberapa perkara."


Pelumba veteran Sepanyol berusia 41 tahun itu berkata dia menamatkan karier dua tahunnya di Alpine selepas kembali berada pada prestasi terbaik.

"Beberapa perlumbaan terakhir seperti Mexico, Austin atau Brazil, saya fikir saya makin hampir seperti pada 2012 atau 2010 atau apa sahaja berbanding tahun lalu ketika saya kurang menjadi," kata Alonso.

"Tahun lalu saya tidak 100% yakin dengan jentera atau diri sendiri. Ia masih OK tetapi tahun ini saya lebih pantas dan lebih bangga setakat ini."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2022/11/907310/janji-alonso-julang-aston-martin
Pages: [1]
View full version: Janji Alonso julang Aston Martin


ADVERTISEMENT