Raline Publish time 23-11-2022 12:37 PM

Piala Dunia: Jerman mahu elak kejutan tersingkir awal

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/JERMAN-HIDUP-2.jpg
PARA pemain Jerman giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Jepun pada Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa malam ini. – AFP

Piala Dunia: Jerman mahu elak kejutan tersingkir awal

DOHA – Juara empat kali, Jerman berada pada fasa terakhir persiapan menjelang aksi pertama Kumpulan E saingan Piala Dunia 2022 menentang Jepun yang akan berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa malam ini.

Skuad Die Mannschaft itu turun dengan misi wajib menang ke atas Jepun memandangkan mereka akan berdepan cabaran lebih sukar apabila dijadualkan bertemu pemenang edisi 2010, Sepanyol pada perlawanan ke­dua.

Sekiranya gagal mengutip tiga mata bertemu Jepun malam ini, mereka mungkin mengulangi pres­tasi empat tahun lalu di Rusia apabila tersingkir di peringkat kumpulan selepas tewas dalam dua perlawanan.

Justeru, pengarah pasukan, Oliver Bierhoff menggesa pemain-pemain Jerman supaya memberikan segala-galanya ketika bertemu Jepun bagi memastikan mereka memulakan aksi Piala Dunia kali ini dengan langkah kanan.

“Kami perlu bersedia sepenuhnya untuk berdepan aksi sukar bertemu Jepun nanti. Semua pemain perlu fokus sejak minit pertama lagi, selepas itu kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick menggesa barisan pemainnya supaya tidak memikirkan perkara lain kerana pertemuan dengan Jepun mampu menjadi penentu kepada nasib mereka dalam kejohanan tersebut.

“Sejak kami melakukan persediaan Sabtu lalu, saya sudah minta semua pemain agar terus fokus 100 peratus terhadap aksi bertemu Jepun.

“Jika kami tidak dapat apa yang dimahukan, mungkin Jerman akan dikecewakan sekali lagi,” ujar bekas jurulatih Bayern Munich itu. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11/23/piala-dunia-jerman-mahu-elak-kejutan-tersingkir-awal/



HabukBesi Publish time 24-11-2022 12:54 PM

udah kalah {:laugho {:laugho
Pages: [1]
View full version: Piala Dunia: Jerman mahu elak kejutan tersingkir awal


ADVERTISEMENT