FanTasyCreaTioN Publish time 23-11-2022 07:29 AM

Minggu Integriti peringkat Jabatan Ketua Menteri 2022

https://i0.wp.com/sabahmedia.com/wp-content/uploads/2022/11/9-vdeo-pendek.jpeg?w=1080&ssl=1

Minggu IntegritiPeringkat Jabatan Ketua Menteri Tahun 2022 yang berlangsungsejak 14 Ogos hingga Oktober lalu dengan jayanya.

Objektif utama program tersebut adalah untuk melestarikan serta memantapkan pembudayaan integriti dalam kalangan penjawat awam secara menyeluruh, berkesan dan berterusan.

Kombinasi

Paling signifikan, sembilan program berjaya dilaksanakan hasil kombinasi dan kesepakatan sembilan jabatan, pejabat serta agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM).

https://i0.wp.com/sabahmedia.com/wp-content/uploads/2022/11/6-pnyrtaan-tbnyk.jpg?w=1080&ssl=1

Program-program yang dilaksanakan termasuk program perkongsian pengalaman dan Integriti oleh Pejabat Bahagian Pengurusan dan Kewangan (BPK) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Pertandingan Video Pendek Integriti berdurasi tiga minit oleh Jabatan Arkib Negeri Sabah, Pertandingan Slogan Integriti oleh Jabatan Cetak Kerajaan dan Pertandingan Poster Integriti oleh Lembaga Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA).

Turut diadakan, Pertandingan Logo Integriti (DBKK), Ikrar Bebas Rasuah (Jabatan Tanah dan Ukur), Program FIT Integriti (Jabatan Perkhidmatan Awam), Kuiz Integriti (Jabatan Perhutanan Sabah) dan Perisytiharan Harta oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pentadbiran).

Sembilan Pertandingan

Daripada 25 jabatan, agensi dan badan berkanun di bawah JKM, jumlah penyertaan Bahagian Kabinet dan Dasar mencapai 65.22 peratus sekaligus menjadikannya sebagai Jabatan Penyertaan Terbanyak Pertandingan Kuiz Integriti Tahun 2022.

Beberapa kategori lain yang turut dipertandingkan ialah Pertandingan Video Pendek yang dimenangi oleh Peter Yasok dari Jabatan Arkib Negeri Sabah (JANS); Pertandingan Slogan Integriti dirai Shirley Joseph dari Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) dan Pertandingan Kuiz Integriti dirai Hani Sandra Musli (Unit Perancang Ekonomi Negeri)


https://i0.wp.com/sabahmedia.com/wp-content/uploads/2022/11/7-juara-poster.jpg?w=1080&ssl=1

Bagi Pertandingan Poster Integriti pula, pemenangnya ialah Viviannye Paul (Jabatan Perhutanan Sabah), manakala Pertandingan Logo Integriti dimenangi Rizan Abran dari Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan).

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah serta sijil disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong di Menara Kinabalu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Rosmadi Datu Sulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Diyanah Abdullah yang juga Penyelaras Pelaksanaan Minggu Integriti Peringkat JKM Tahun 2022dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah.

Sijil Akuan Lima Bintang

Majlis Penutupan Minggu Integriti 2022 juga turut menyaksikan lapan jabatan/ agensi di bawah JKM menerima Sijil Akuan Lima Bintang Pencapaian 100 Peratus Isytihar Harta.

Penerima sijil terdiri daripada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pembangunan); Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah; Bahagian Kabinet dan Dasar; Bahagian Istiadat dan Protokol; Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA); Pihak Berkuasa Pelaburan dan Ekonomi (SEDIA) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pentadbiran).

Penambahbaikan

Ketika diminta mengulas mengenai sambutan tersebut, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai memaklumkan beberapa usaha penambahbaikan akan dirancang bersama Pejabat SKN termasuk memperluaskan skop perhimpunan dan penglibatan penjawat awam secara menyeluruh.

credit

Pages: [1]
View full version: Minggu Integriti peringkat Jabatan Ketua Menteri 2022


ADVERTISEMENT