FanTasyCreaTioN Publish time 23-11-2022 07:21 AM

Wanita GPS sokong keputusan Premier Sarawak

https://scontent.fkch2-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/315996605_3359917804293890_2376725378645596462_n.jpg?stp=dst-jpg_p180x540&_nc_cat=102&ccb=1-7&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=cX0jLkX220kAX-DjfRC&_nc_ht=scontent.fkch2-1.fna&oh=00_AfCc8HyRdB3L4QVFqJhrNO--rxAMcZ2surKMNJ651YT09A&oe=63816B85

Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya menyokong penuh segala keputusan yang dilakukan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam pembentukan kerajaan persekutuan ini.

Katanya, Pengerusi GPS itu telah mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada baginda dalam perlembagaan Malaysia bagi melantik perdana menteri baharu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejateraan Komuniti Sarawak bagaimanapun enggan mengulas lanjut jika pihaknya mempunyai cadangan untuk menambah wakil wanita dari Sarawak dalam kabinet kerajaan persekutuan baharu kelak sekiranya berjaya membentuk kerajaan campuran.

Jelasnya, itu merupakan prerogatif daripada perdana menteri untuk memilih barisan kabinetnya selepas penubuhan kerajaan persekutuan kelak dan menyokong apa-apa keputusan yang dibuat oleh Premier Sarawak dan Perdana Menteri.

credit

Pages: [1]
View full version: Wanita GPS sokong keputusan Premier Sarawak


ADVERTISEMENT