CariMalay Publish time 23-11-2022 02:03 AM

Kenapa aku berulang kali mimpi belasah orang?

Edited by CariMalay at 23-11-2022 03:48 AM

2 bulan lepas, 4 kali aku mimpi belasah orang dalam masa seminggu. Aku dah nak masuk 30 tapi aku mimpi aku jadi budak sekolah kemudian belasah budak sekolah yang cuba buli aku secara berkumpulan dalam tandas.

Then mimpi kedua aku mimpi aku belasah pak ngah aku kat kampung aku. Then aku bertukar jadi tinggi. Dalam mimpi tu aku mimpi ketinggian aku 6 kali ganda lebih tinggi dari bumbung atap rumah, pak ngah aku kecik je macam semut dari bawah.

Mimpi ketiga aku mimpi aku cuba belasah ibu aku sendiri, pun kat kampung gak, dalam mimpi tu ibu aku cuba provoke aku berkali kali sampai aku naik hantu dan cuba belasah dia.

Mimpi seterusnya iaitu mimpi keempat aku cuba belasah sorang budak perempuan yang usia lebih kurang 7 tahun, budak tu cuba buli aku dengan mengejek aku berkali2, pun kat kampung gak. Tapi masa aku nak belasah tu, ada ramai saudara mara aku termasuk ibu aku kat sekeliling dia yang cuba halang aku.

Keempat2 mimpi tu berlaku dalam masa 1 atau kurang dari 2 minggu, kira2 hampir 2 bulan yang lepas.

Lepas keempat2 mimpi tu habis, aku dah takde mimpi belasah orang dan sangka akan habis tapi mimpi belasah orang tu datang lagi beberapa hari lepas.

Aku mimpi belasah sepupu aku sendiri yang pernah buli aku dan malukan aku depan semua orang. Kemudian aku mimpi aku belasah sorang lagi sepupu aku yang baik dan tak pernah buli aku kat sekolah dalam 1 kelas, dalam mimpi tu dia dan kawan dia kat sebelah ejek aku dari meja belakang. Aku belasah dia sekuat hati sampai dia pengsan dan macam nazak. Mimpi seterusnya aku belasah seseorang yang aku tak kenal kat satu kawasan yang aku rahsiakan.

Aku jugak pernah mimpi kotor. Dalam mimpi tu aku ada kat satu kawasan dalam hospital, mungkin bilik mayat, aku tak pasti. Ada banyak bilik dan setiap bilik dipenuhi najis dan darah, termasuk kat dinding. Bersepah najis dan darah kat lantai dan dinding pada setiap bilik dan boleh nampak haiwan pelik dan berbisa cuba kejar aku tapi aku sempat lari.

Korang rasa apa yang tengah berlaku kat aku? Mungkin ke ada gangguan jin atau sekadar gangguan psikologi?

Untuk pengetahuan korang, aku mangsa buli kat sekolah, aku selalu kena belasah dan dipulaukan, sentiasa hidup dalam ketakutan. Tapi sejak aku makin tua, aku dapat rasa aku dah banyak berubah, aku macam hilang rasa takut dalam diri dalam banyak perkara, aku makin konfiden dengan diri sendiri tapi dalam pada masa yang sama, lebih baik dan peramah dengan semua orang, tak baran pun, ramai suka aku, takde yang membuli lagi.

Dan untuk pengetahuan korang, keluarga aku merupakan mangsa sihir, seluruh keluarga aku kena sihir pemisah sejak aku belum lahir lagi, ustaz kata sebab ibu aku tolak cinta si penyihir. So itu bermakna keluarga aku sentiasa porak peranda, selalu bergaduh dan bergolak, aku membesar dalam keluarga yang tak sempurna dan keadaan menderita.

Keluarga abang dan kakak aku sentiasa bergaduh. Abang aku pernah halau isteri dia keluar dari rumah sambil campak beg pakaian, kakak aku pun sama, pernah halau suami dia keluar dari rumah sambil campak beg pakaian.

Tapi sejak ustaz dapat detect sihir ni, ibu aku terus amalkan apa yang ustaz tu cakap, tapi dia amalkam on off. Bila on off, sihir tu datang lagi dan ibu aku hampir give up dengan hidup, dia hampir lumpuh seluruh badan, pekak dan buta angkara sihir. Dia merungut kononnya walaupun dia berubat, sihir tu takkan pernah hilang.

So time ni aku cuba cari jalan dengan cara berfikir secara logik dan sistematik sebab aku memang jenis deep thinker. Sampai akhirnya kajian aku membuahkan hasil, timbul satu teori yang aku sendiri cipta dan dalam teori tu mengatakan yang ibu aku takleh berhenti amalkan apa yang ustaz tu suruh dan perlu dilakukan seumur hidup tanpa henti. Aku pelik kenapa ustaz tu tak pernah pesan pasal benda ni.

Dan lepas tu, ibu aku dah tak mimpi pelik2 lagi, lumpuh, buta pekak dia pun pulih sebab selama ni dia selalu mimpi makhluk hitam cuba masuk dalam badan dia, sekarang dah takde.

Tapi dia pernah citer dia mimpi aku bertukar jadi makhluk yang menyeramkan dan gigit dia sampai berdarah dan benda ni berlaku beberapa minggu lepas aku nasihat dia perlu amalkan apa yang ustaz tu suruh seumur hidup tanpa henti. Bila aku soal siasat, rupanya ibu aku tak amalkan apa ustaz suruh. Lepas aku suruh, baru pulih.

Tapi semua ni petanda yang sihir tu seolah2 target aku sebab aku cuba pulihkan ibu aku. So apa kata korang? Adakah mimpi belasah orang ni berkait rapat dengan sihir atau hanya kesan psikologi trauma pernah kena buli dengan sepupu sendiri dan budak2 sekolah?

CariMalay Publish time 23-11-2022 05:37 AM

Edited by CariMalay at 23-11-2022 07:11 AM

Tidak pernahku gentar Am G
Tidak pernahku menyerah Dm Am
Kan ku terus melangkah F Dm
Dengan rasa yang gagah F E

Bangkitlah wira perkasa F G C Am
Serlahkan kuasamu yeahhhhh!! Dm F E

Rela berjuang walaupun aku Am Dm
Tersungkur dan melutut G Am
Kanku terus pertahan F Dm
Nyawaku pertaruhkan F E

Saja buat lagu sendiri, syok la pulak. Ala2 bandi amuk, terkena badi terus mengamuk :lol:

leenaz Publish time 23-11-2022 10:43 AM

kesan trauma
pegi kaunseling

CariMalay Publish time 23-11-2022 12:43 PM

leenaz replied at 23-11-2022 10:43 AM
kesan trauma
pegi kaunseling

Tak nak. Aku lebih konfiden, lebih berani, lebih peramah, lebih ramai yang sayang, takde gangguan mental so tak perlu jumpa.

orenmango Publish time 24-11-2022 10:06 PM

Cari jalan balik kepada Allah ya bro. Semoga baik2 saja lepas ni. Let go of the past, you can do nothing about it. Don't let it consume you.

Semua org yg buat jahat kpd org lain mesti akan dpt balasan. Jika tidak di sini, di akhirat sana pasti. Dunia tempat sementara saja.

CariMalay Publish time 25-11-2022 02:09 AM

Edited by CariMalay at 25-11-2022 02:11 AM

orenmango replied at 24-11-2022 10:06 PM
Cari jalan balik kepada Allah ya bro. Semoga baik2 saja lepas ni. Let go of the past, you can do not ...

Rasa2 sebab gangguan sihir ke psikologi? Kalau psikologi, aku memang dah lupakan semua. Kat real life memang dah tak ingat zaman kena buli, tapi mimpi2 tu masih datang secara tiba2. Aku sendiri jijik dengan sifat baran, orang lebih takut dan respect kita disebabkan sifat baran pun aku tetap jijik, so memang usaha sehabis mungkin jadi lebih penyabar dan peramah. :)

jas7512 Publish time 25-11-2022 04:24 PM

Kau ni nobitol ya or bugis apa ntah..moga dpt ketenangan ya... ikut fitrah yg ada

gideoncross Publish time 25-11-2022 07:46 PM

jas7512 replied at 25-11-2022 04:24 PM
Kau ni nobitol ya or bugis apa ntah..moga dpt ketenangan ya... ikut fitrah yg ada

BugisDoom, JohnnySins, JohnnyLever & Maideen dh lama x nmpk. Vokuru pun sma, dh lama lenyap.

CariMalay Publish time 25-11-2022 07:57 PM

Edited by CariMalay at 25-11-2022 08:12 PM

jas7512 replied at 25-11-2022 04:24 PM
Kau ni nobitol ya or bugis apa ntah..moga dpt ketenangan ya... ikut fitrah yg ada

Takleh nak tenang. Hari ni je aku mimpi lagi, aku hampir belasah bapak aku yang pecahkan gitar aku then senyum, ketawa dan ejek2 aku. Then aku tidur balik ada kat tempat kotor, then ada banyak zombie macam mayat mati keluar dari satu lorong, mata putih kabur macam orang mati, kulit muka mereput dan membusuk sebijik macam mayat, darah merah keluar dari mulut, buih hingus meleleh, lantai penuh dengan darah dan lendir macam lendir hingus, tak tau lendir apa. Banyak citer zombie aku tengok tapi mimpi ni yang betul2 nampak real yang pertama kali mampu buat aku rasa seram dan jijik. Paling jijik sekali bila aku nak sapu semua kotoran, kudis, lendir dan darah yang ada pada zombie2 dan lantai tu pada muka dan seluruh badan aku, pastu aku ajak sorang kawan aku buat perkara sama. :dizzy: sebelum sampai ke tempat zombie pun dah seram, aku mimpi aku ada kat jalanraya besar then sesat masa bonceng motosikal ngan member tadi, suasana malam seram gelap then lalu kat kawasan2 gelap macam kawasan perumahan tapi nampak suram, berhantu dan menyeramkan.

MissVixen Publish time 28-11-2022 03:16 PM

Kesan jangka panjang pengambilan dadah

CariMalay Publish time 28-11-2022 08:56 PM

MissVixen replied at 28-11-2022 03:16 PM
Kesan jangka panjang pengambilan dadah

Aku hisap dadah kejap je, baru hisap 2 bulan dah berhenti, dos pun kecik dan tak banyak, lepas tu dah lama berhenti dah 10 tahun. Tapi aku tetap nak anak aku jadi liberal dan atheist macam aku. :)

CariMalay Publish time 4-12-2022 08:57 PM

Edited by CariMalay at 4-12-2022 09:01 PM

Hari ni masih lagi mimpi. Tapi kali ni aku mimpi belasah orang secara berkumpulan. Dalam mimpi tu aku nampak sorang member lama aku menangis dalam rumah sewa dia. Bukan menangis meraung, tapi menangis tanpa suara tanpa meronta, sekadar nampak air mata mengalir. Bila aku tanya kenapa menangis, dia kata takde apa tapi aku dapat rasa ada sesuatu berlaku kat dia tapi dia cuba sorokkan supaya aku tak rasa terbeban dan tak terjebak dengan masalah dia.

Then ada bunyi bising kat pintu rumah. Bila pergi kat situ, 4 orang member aku tengah bergaduh mulut dengan 2 member. 4 member tu macam cuba back up member aku yang menangis tu, seolah2 dia menangis berpunca dari 2 orang tu.

Then member yang nangis tu macam cuba leraikan pergaduhan, dia kata dah la tu, takyah gaduh2 lagi, macam redha dengan apa yang berlaku dan tak berdendam dengan 2 orang tu.

Tapi 4 orang member tu terus belasah 2 orang tu. 2 orang belasah sorang, 2 orang lagi belasah yang lagi sorang. Teruk gak 2 orang tu kena belasah dengan 4 orang member aku, sampai terjatuh atas lantai kena belasah.

Then aku join sekaki belasah salah sorang dari 2 orang tu sebab aku dapat rasa ada mende tak best dan tak patut yang diorang dah buat kat member yang nangis tu.

Akhirnya terjaga dari mimpi.

nurkasih74 Publish time 10-12-2022 08:09 AM

Ko atheist ke? Masa dlm mimpi ngeri tu..ada tak ko rasa nak minta tlg dgn seseorg atau sesuatu supreme being? Yg ko rasa ada kuasa besar yg mampu membantu kau? Jika ye..bermakna jiwa ko masih boleh diselamatkan.. kembali mencari Tuhan.. InshaAllah… Allah sentiasa ada..

CariMalay Publish time 10-12-2022 11:26 AM

nurkasih74 replied at 10-12-2022 08:09 AM
Ko atheist ke? Masa dlm mimpi ngeri tu..ada tak ko rasa nak minta tlg dgn seseorg atau sesuatu supre ...

Takde langsung, dalam mimpi takde siapa pun datang back up aku atau bantu aku, dan aku sendiri tak penah mengharap sebarang pertolongan, tak pernah rasa sedih, terasing atau tersisih bila takde sebarang pertolongan.

Selama ni kat real life pun memang camtu, aku menderita pun sorang diri, tanggung semua sorang diri, keluarga sendiri pun tak mampu tolong, kesemua memang di luar kemampuan diorang sebab ujian aku masa kecik dulu luar biasa gak sampai pernah jumpa psikiatri dan beberapa kali cuba bunuh diri gantung tali jerut kat kipas, so tak rasa perlukan sesiapa sebab selama ni aku berjaya bantu diri sendiri dengan jayanya.

Banyak aku belajar, aku belajar tentang ilmu psikologi, sains, neurologi dari barat selama lebih 10 tahun lamanya, so akhirnya aku berjaya cari jalan penyelesaian sendiri, perlahan2 aku baiki diri sendiri satu persatu. Nak je aku cerita semua tentang psikologi tapi takut orang kata aku acah deep hahahah..

Sekarang ni aku lebih peramah, orang lebih respect, lebih takut. Tenung je muka aku atau bila aku warning cara halus, orang dah gerun takut nak buli, dulu takde lak camtu, tak tahu kenapa sebab aku sendiri pun jenis peramah dan baik dengan semua orang, takde lak nak baran bagai, cam bodo je baran2 ni. :lol:

CariMalay Publish time 10-12-2022 12:03 PM

Edited by CariMalay at 10-12-2022 12:06 PM

nurkasih74 replied at 10-12-2022 08:09 AM
Ko atheist ke? Masa dlm mimpi ngeri tu..ada tak ko rasa nak minta tlg dgn seseorg atau sesuatu supre ...

Tapi aku memang anggap supreme being tu wujud. Aku selalu jadi pemuja mana2 perempuan yang aku minat. Orang selalu puji rupa aku, zaman sekolah pun ada la gak peminat, tapi aku susah jatuh cinta dan lebih suka jatuh cinta pada perempuan yang aku minat je, tu pun dalam diam dan hanya personaliti tertentu je aku akan jatuh cinta, aku puji dan puja dia senyap2 sebab malu.

Aku selalu letak orang yang aku puja tu lebih tinggi dari aku, aku anggap darjat diorang lebih tinggi dan lebih mulia dari aku. Dah lebih 10 tahun pun aku langsung tak pernah jemu sayang dan cintakan dia, sehari pun tak pernah jemu.

Mula2 start dari nafsu. Tapi bila nafsu dah puas, terbit la pulak rasa syukur, rasa berterima kasih sebab kurniakan aku semua perasaan best dan indah tadi, rasa macam terhutang budi dan nak terus berjasa pada dia, akhirnya wujudlah perasaan cinta dan sayang yang betul2 tulus dan suci dari lubuk hati hahah.. bila dah mampu capai ke tahap ni, selalunya aku dah tak fikir pasal nafsu, yang aku fikir cuma nak buat dia happy dan tersenyum, tapi dalam angan2 je la mampu.

So tu je la kot supreme being aku. ;P

CariMalay Publish time 10-12-2022 12:28 PM

nurkasih74 replied at 10-12-2022 08:09 AM
Ko atheist ke? Masa dlm mimpi ngeri tu..ada tak ko rasa nak minta tlg dgn seseorg atau sesuatu supre ...

Bawah ni gambaran supreme being aku yang aku akan selalu sembah dan puja, yang aku akan sentiasa patuh dan dengar kata, sanggup mati demi dia. Comel tak supreme being aku? :$

supernaturalee Publish time 12-12-2022 05:22 PM

lorrr
sekali baca tajuk, mimpi basah
rupanya mimpi belasah

;P


ada org kata
ape yg kita mimpi tu, realiti yg akn terjadi adalah berlawanan
lawan bg belasah org ape?

CariMalay Publish time 13-12-2022 05:09 AM

supernaturalee replied at 12-12-2022 05:22 PM
lorrr
sekali baca tajuk, mimpi basah
rupanya mimpi belasah


Tak tahu.. dapat buat seks dengan amoi jiran sebelah la kot. Kot je, sebab tak pasti. Tapi kalau betul, memang indah la dunia ni.. :$

CariMalay Publish time 14-12-2022 02:20 AM

Kadang2 entah kenapa aku dapat rasa dalaman aku sentiasa bergelora, seolah2 mimpi tu semua tengah menceritakan tentang diri aku yang sebenar, tapi hati aku cuba nafikan semua tu.

Tak sangka, konflik dalaman masih wujud dalam diri aku walaupun aku dah tak dibuli lagi.

DumBell Publish time 14-12-2022 02:34 AM

salam.
mimpi di komen pertama
lebih pada psychology dimana perkara lepas terjadi, jiwa meronta nak melawan dan berjaya..
memberontak dan membuli juga pada org lagi lemah dari pemimpi, cth kuat buli adik, anak jiran bawah umur dari pemimpi,
memerlukn perhatian dari sekeliling,
cth setiap tata kerja dan pergerakan mesti dpt pujian dari org sekeliling
bab bilik mayat tpt kotor
pemimpi tahu perbuatan itu keji, tapi sbb nak survival.. kena buat juga, cth "nak naik pangkat, caras pekerja lain dgn cara melobi,adu domba"
bab pecah gitar, bilik kotor, zombie
pemimpi sudah bagi hutang pada teman/kawan/sahabat, agak ramai org meminjam,.. tapi ada yg tak bayar dan culas, pemimpi telah buat bising dlm media sosial/dkt tpt kerja.. dan benda tu terkait pada bab
Pages: [1] 2
View full version: Kenapa aku berulang kali mimpi belasah orang?


ADVERTISEMENT